Monday, 26 December 2011

Dr. Normaliza Abd Rahim

salam semua..semoga sentiasa berada dibawah lindungan yang maha Esa,,
dan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

macam serius je kan intro post ni..huhu

Di sini sebenarnya aku nak riwayatkan sebuah hikayat moden sepanjang aku bergelar pelajar bagi kursus
 BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia.

Hikayat Dr. Notts dan pelajarnya

Al-kisahnya bermula tatkala aku dan rakan-rakan yang lain wajib mengambil kursus ni. Maka dengan penuh takzimnya kami pun mendaftar la. 

Tok Guru kami ni dikenali sebagai  Dr. Normaliza Abd Rahim
atau lebih dikenali dengan nama penanya Dr Notts
mula-mula berguru dengan beliau ni, bergetar jiwa dan raga tau. Adus dapat pulak lecturer yang banyak bunyi ni..susah la macam ni. 

Biasa la, kalau nak berguru ni kena ada pantang larangya seperti hikayat-hikyat lama tu. Bile berguru dengan beliau ni pantang yang pertama, jangan nak berangan pergi kelas dengan pakai sempoi-sempoi atau bahasa kasarnya selekeh. Si teruna kena pakai smart kasut bertutup, yang si dara baju kena vouge. Kasut kena tinggi, lagi tinggi lagi bagus.Kalau tak, bakal kena balik kolej semula tukar balik baju atau lebih dahsyat keluar dari kelas beliau.
Maka, sejak dari itu aku mulalah berjinak-jinak menyarung heel atau kasut-kasut yang aku tak pernah sentuh sebelum ni. Setiap hari khamis kalau nampak aku cantik sikit tu jangan la tanye kenapa.

Pantang yang kedua, berguru dengan beliau ni kena punctual. Jangan lambat walau sesaat. Ni aku kira pantang larang tradisi setiap tok guru kan. Betul la, sape yang tak patuh tu memang silap korang sendiri. Untuk kelas beliau, sebelum beliau masuk student mesti dah kena ready dalam kelas. giler awal kena datang. Barangsiapa lambat ke kelas , seperti biasa jangan berangan nak masuk kelas beliau tanpa rasa bersalah. duduk luar ok,,dan ahli group kena tolak markah..hambik!!

Pantang yang ketiga jangan miss kelas beliau langsung. hanya kematian je yang akan diterima. Sakit-sakit lain tak kan dilayan. Sorry to say..ahakss..

Tu antara beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi. Bila masuk kelas beliau ni, student dibahagikan kepada bebrapa group dan kena pilih nama production. Adapun group aku bernama My Team Production yang terdiri daripada 6 orang ahli. 2 teruna dan 4 dara pingitan,,haha


ni lah ahli group My Team Production
Nozi, Huda, Elyz, Fendi dan Aris

Nampak macam tegang je kan kalau dalam kelas beliau ni, tapi sebenarnya giler best kelas ni. Mana taknya, tugasan pertama je kena buat blog. Tu yang wujud KIRIKANAN ni..ahha.

"Tulis la ape yang awak semua nak tulis, nak kutuk rakan sekelas ke, jiran depan rumah ke..ape-ape je, yang penting jangan kutuk saya, dan saya nak baca banyak post" kata beliau. 

Lepas tu kena buat tugasan dalam kelas kena siapkan dalam masa satu jam. Kerja tampal-tampal kertas atas board untuk buat tugasan asas grafik. Haa,time ni lah semua kelam -kabut sampai nak tengok orang sebelah pun tak sempat..ahah


time buat tugasan asas grafik


kembali ke zaman sekolah rendah. memotong dan menampal..huhu


ahli-ahli my team yang sedang bekerja


semua orang tak sempat nak toleh KIRIKANAN


Rakan-rakan kelas yang lain ~G-Force Production


Cempaka Sari Production~




ni lah hasilnya..

Tugasan kedua lagi masyuk. Kena posing-posing kat kamera pas tu tayang kat beliau. Dan beberape tugasan lain yang melibatkan beberapa aksi yang perlu ditayang,,ahah


beberapa aksi ketika tugasan bergambar




ada satu tugasan aku ni memang kelakar la.kami semua kena jadi paparazi. Nak dijadikan cerita, ada lah satu seminar ni kan yang kami semua kena hadir termasuklah beliau. dan tugasannya kena curi-curi tangkap gambar beliau sendiri tanpa beliau sedar. Gambar tu kira reject sekiranya beliau memandang kamera..ahha..maka, berlakulah aksi kejar-mengejar beliau waktu seminar tu,,hahaha



setel bab gambar. tugasan seterusnya kena buat video klip ala-ala artis tu kan. Muke dah blushing2 kan bile tau kena berlakon dalam video klip tu. paling tak disangka, bila arahan beliau dengan tegas dan kerasnya

"Post dalam Youtube, present dekat saya by Youtube, semua tugasan yang kena buat video post di Youtube dan blog kamu"

..ah sudah, main youtube pulak beliau ni. Jadi tak jadi video tu memang wajib tayang la kat youtube,,ahah,,tapi seronok beb..

ada la dalam 5 video yang perlu diselesaikan di sepanjang kelas beliau ni termasuklah paling mencabar time buat video seram  tanpa suara. kelakar pun ada rasenye bila buat video tu,,ahah..video terkhir pulak kena buat dokumentari about polution. cari la merata tempat-tempat yang dah tercemar nak dijadikan tempat shooting..huhu



siyesly kelas beliau ni memang mencabar. setiap minggu ada je bekalan tugasan yang diberi. tak pernah miss pun. Memang penat sampai pernah satu tahap aku tension giler. Mana taknya, aku dahlah busy dengan komitmen lain di kolej, as a debater dan sebagainya tapi aku tak boleh nak marah sebab aku rase seronok dalam kelas ni.paling tak boleh lupasetiap hari rabu malam mesti kena tido lewat sebab nak siapkan kerja-kerja mengedit video,,berkampunglah ramai-ramai..ahah

tapi ada satu slot dalam kelas ni yang buat aku rase nak tergelak habis, ada la satu hari tu, youtube kena blok,.maka, kerja-kerja tayangan video pun tergendala lah ke minggu seterusnya. kelas jadi free, ntah datang ilham dari mana ntah Dr. Notts ni buat game dalam kelas. dua game yang aku tak pernah main sebelum ni. aku tak tahu nak cerita macam mana game ni sebab kalu aku cerita tak habis baca nanti. tapi ape yang aku nak share, game tu memang kelakar. Siap berlari-lari dalam kelas malah kes tuduh-menuduh group mane yang salah pun berlaku..hahahha.. 

banyak lagi tugasan dalam kelas ni. buat kalendar, website, E-Majalah, kena buat iklan berantai. Bukan setakat  tu je, siap dapat tugasan bagi teka-teki lagi tu.huhu..perah la kepala otak masing- masing cari 30 teka-teki..haha

Tugasan E-Majalah
kena jual baju dalam majalah..haha




antara hasil lakaran


pelajar BBK3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia


gambar kenangan bersama Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts

bakal merindui kelas-kelas beliau, tugasan-tugasan beliau yang memang tak pernah terlintas di kepala
dan setiap lawak yang beliau buat dalam kelas..siyesly, bakal merindui ~~ love her so much..

Tamatlah sebuah kisah Hikayat Moden

Anyone to know my special lecturer
Dr. Notts..


Bace lah blog beliau..~~

Friday, 23 December 2011

tips tengok citer seram


aku ni boleh lah dikategorikan sebagai penakut
bab2 ***** ni memang aku lemah

tapi keinginan nak tengok citer2 seram ni sentiase lah ade
tapi ketakutan tak jadi penghalang

aku ade beberapa tips 
yang boleh diguna pakai
bila nak tengok citer seram

pergi toilet awal

yang ni bila kite nak tengok waktu malam
sebelum panggung dibuka kat bilik tu
pergi la toilet persiapkan ape yang patut
ni nak mudahkan kite bile je habis tengok
boleh terus pegi tido
tak payah nak keluar2 bilik lagi..haha

mesti berteman

nak tengok citer seram kena la berteman
bukan sebab takut
tapi saje nak ajak borak or teman mengkritik..(ayat cover)
pakse la rumet2 yang ade or jiran2 berdekatan
tengok skali even diorang dah tengok pun,,huhu

buka semua lampu yang  ada

kalau kat bilik tu ade 3 lampu
jangan ngengade nak buka 1 je
bukak je semua
tak baik tengok citer dalam keadaan malap
tak baik untuk kesihatan mata..ahah

bantal mesti banyak

bantal ni nak bagi keselesaan time menonton..haha
bantal yang ade tu nanti boleh la gune nak tutup2 mate ke
kalau tak cukup
teddy bear yang pakwe bagi time bezday pun ok,,huhu
blanket jangan lupe juge..

jarak 1 meter

jarak dari skrin layar mesti lah atleast 1 meter
nak elak kejadian terkejut yang melampau


kena ada jurucakap


jurcakap ni mestilah terdiri daripada
golongan yang dah pun tengok citer seram tu
tugas diorang ni adalah tempat untuk bertanye
sama ade h**** tu akan keluar kat part yang mane
so, kite akan dapat bersedia dari awal..ahah


tengok siang

ala,,senanye
nak tengok citer seram ni
lagi best kalau tengok waktu siang,,erm~~


~~AL-HIJAB~~

sedih

tibe je aku rase sayu 
sedih je bile buka blog ni

dulu punye lah susah aku nak buat blog
pas tu tibe2 je kena buat blog
kena post la citer2 yang aku nak tulis

tibe2 dapat tugasan 
kena update last post kat blog ni

boleh tak kalau tak nak buat?
tapi kalau tak buat nanti tak dapat markah..~~

tak pela..
aku akan buat tapi lambat sikit..

hope Dr. Notts tak marah,,

~~sedih~~

Thursday, 22 December 2011

Dokumentari_ My Team Production

Aku buat dokumentari?
macam tak percaya je? hehe

ni aku nak citer..
dokumentari ni merupakan tugasan terakhir group aku 
MY TEAM Production
untuk kelas multimedia

Dokumentari ni paparan tentang pencemaran alam
so, kena la cari tempat yang memang ada masalah pencemaran

rase kelakar pulak kena jadi macam wartawan TV tu,,haha
tapi yang bestnye,,
bila aku temuramah sorang budak ni
die boleh cakap " Akak ni macam kakak TV 3" la..haha
kakak yang mane pun aku tak tau lah,,ahha..

dokumentari ni tak lah bagus sangat
kira budak baru belajar lah ni..huhu
so, ape2 komen yang boleh membina dipersilakan..

saksikan Dokumentari by MY TEAM Production...






Monday, 19 December 2011

Website

website..
aku sekarang dah cipta website aku sendiri
ha,.nampak tak?
aku dah mula maju sikit dengan dunia multimedia pada saat dan ketika ini.huhu

Terima kasih kepada pensyarah aku
Dr. Normaliza
&
Cik Hidayati (tutor)
selaku tenaga pengajar yang banyak bantu aku 
untuk siapkan tugasan website ni..


RuangSastera..ni lah name website aku ni
website ni merupakan satu laman ilmu 
yang aku isi dengan maklumat2 tentang dunia sastera


siap2 yang minat dengan sastera
bolehlah singgah di website aku ni..

Thursday, 15 December 2011

Kerana Beg & Walimatul urus

Seperti biasa lah
akau akan post la tugasan multimedia yang telah dijayakan
oleh group kesayangan aku Myteam Production

Dua lagi tugasan dah selesai

KERANA BEG

yang ni merupakan tugasan yang ke-4
video kali ni kami kena buat jalan cerita tanpa wajah
dan subjek yang dipilih adalah beg
so, cerita la pasal beg
ape yang jadi kat beg tu?
so, kena tengok video ni,,huhu





WALIMATUL URUS

yang ni tugasan ke-5
video kali ni pulak kena tunjukkan
yang kami tengah berdebat tentang sesuatu
or bercerita ape je yang isunye dah ditetapkan
pilihan isu mudah saje,,walimatul urus
debat pasal perkara yang memang calon2 pengantin ni berdebat
ape yang didebatkan??
so, kena la tengok video ni...huhu


Pku lagi

ehem..ehem..
mesti bosan kan,,sikit2 PKU..sikit2 PKU
tapi ni lah masalahnye..

Memang salah aku pun,, delay 3 hari appointment dengan Cik Doktor
haruslah kena marah,,

Maka aku pun telah jejakkan kaki ke PKU selepas kelas tadi
Aku pun tak cakap la dengan nurse cun kat kaunter tu
yang aku ni ade dah appointment dengan Cik Doktor
Seperti biaselah, dapat nombor bilik 

Pergi bilik doktor ni, dapatlah doktor lelaki
hemsem pulak doktor ni..haishh..
so, citer la masalah aku 
yang mengalami  pening kepale melampau

Check blood pressure?
Why?ntah, benda wajib kot bila masuk PKU ni..
ikot jela..Lepas check kepala, tibe-tibe kena check mata,hah sudah!
dah habis check segala bagai perkara yang berkaitan
maka solutionnye:
awak perlu pakai cermin mata
mata awak dah rosak sikit
sebab tu warna putih mata awak tu dah jadi kuning
dan sebab tu pening kepala awak makin menjadi-jadi..

erk~~
cermin mata? apa tu?

kompem2 la aku tak nak pakai
sebab tak suka pakai
sebab aku memang dah disahkan rabun sejak form 3..haha
tapi cermin mata tu yang aku buat macam pakai buang je..haha
padan la dengan muke ko, hambik ko, mate rosak,,adui,,~~

Tapi, rupe2nye Cik doktor yang sepatutnye aku jumpe tu
maklum akan kehadiran aku ke PKU
maka, beliau pun pelik kenape aku tidak ke biliknye

Beliau pun tanye lah pada nurse cun kat kaunter tu
nurse tu pun cakap la dia dah tersilap bagi bilik
tapi tak sempat nak panggil aku, sebab aku jalan laju sangat. (jalan laju pun salah)

sampai kolej, dapat panggilan dari Cik doktor
Cik doktor: Siti Hajar
Aku: Ye doktor
Cik Doktor: Kenapa tak jumpe saye tadi?
Aku: ?? (konpius)
saye mane la tau doktor, saye pegi je bilik yang saya dapat
Cik Doktor: Ape doktor yang check awak tu bagi tau?
Aku: Kena pakai cermin mata, mata dah rosak sikit
ada migrain juga
Cik doktor: Owh, tapi saya kena jumpa awak juga
esok pagi,,as soon as possible
Aku: Pagi ade kelas
Cik doktor: Ok, petang

~~~berapa kali perlu ke PKU ni??!!~~~





Sunday, 11 December 2011

Perempuan yang buat aku rase pelik!

Entry kali ni memang aku tuju untuk perempuan. Kenape? Sebab aku perempuan dan aku rase pelik dengan beberapa perkara yang kaum sejenis aku ni suka buat, ahah

1. Perempuan yang berfesyen pelik.

 Pernah tak korang sume nampak perempuan yang jenis macam ni. Muke punye comel, pakai tudung dah cantik dah. Ade yang pakai tudung bawal batu berlian kat tepi berat 2 kilo dah, memang cantik. Takpun pakai shawl siap 2 kali lilit kat kepala tambah bunga ros sekuntum tepi telinga, tak pun reben cumel2 kat situ. Siyes memang cun, ala-ala muslimah gituww. Tapi, bila pandang bawah, aduyai, nape seluar 3 suku? tak pun skirt paras bawah lutut? Nampak dah betis gebu korang kat situ. So, ape gune korang pakai tutup litup kat atas tu, tapi bawah terdedah tak tentu pasal??!! pelik tul!


2. Perempuan yang bersalam dengan boyfriend diorang. 

Ha, yang ni kalau tak pernah tengok, mesti ada antara korang yang pernah buat. Siyes aku tak faham dengan perempuan jenis ni. Selalu lah aku nampak, bila couple ni turun motor je, dan si jejaka ni nak balik, yang si gadis ni akan bersalam dengan jejakanya itu, Siap cium bagai ala-ala isteri solehah gituww.. Yang bertambah pelik, bila aku tengok sesetengah nye tu bertukar-tukar jejakanya. Mungkin dah break dengan pasangan yang dulu, so ni pasangan yang baru la kot. Nape break? tak cukup solehah ke dulu??haha.. Korang ni pun, agak-agak la..korang baru je couple kot, nikah tak lagi cik kak oi..yang haram tetap haram. Ntah2, mak ayah korang pun, korang tak pernah bersalam cium macam tu skali...Pelik tul!


3. Perempuan yang suka membazir. (Tak tau la kalu lelaki pun ade yang macam ni)
Aku betul2 pelik dengan diorang ni. Punyelah citer kat aku yang korang ni tak cukup RM/$$. PTPN tak cukup lah, nak kena bayar itu bayar ini la. Citer nak tacing kan siap dengan muke sedih bagai. Aku pun turut la tacing skali dengar citer korang ni sampai aku rase nak sedekah je sume RM/$$ aku kat bank tu ntok tanggung hidup korang yang serba-serbi kekurangan. Yang jadi peliknye, seminggu lepas tu, tak pun paling pelik sehari lepas tu ko boleh pulak keluar berfoya-foya siap boleh tengok wayang 3 cerita sekaligus, makan McD, beli baju baru 2 lori, angkut handbag sampai tak muat bilik ko tu, paling menyakitkan hati kalau ko tayang henset baru depan aku sambil cakap, Cantik tak??!! Pas tu ko boleh cakap, erm~~habis la RM/$$ aku ja, ingat nak window shopping je..~ ha, perempuan macam ni memang menagih kat aku balingan jarak dekat  kasut sukan aku  yang dah kopak sebelah tu kat kepala die..sekian. Pelik tul!



4. Perempuan yang selalu balik kampung

Yang ni tak lah extreme mane pun, cume aku pelik je... Sebab aku ada kawan spesies macam ni. Aku rase setiap minggu balik kampung. Tapi bila selang seminggu je tak balik kampung, terus cakap, lamenye dah tak balik kampung..Erk~~ ayat die tu buat aku terfikir, habis tu yang aku ni dah berbulan-bulan tak balik ni kira tahap ape ye??? Lame tak balik atau terlalu lame tak balik?? heh!! 
Tapi biarlah, maybe diorang ni jenis cepat rindu ngan family diorang. Ke aku ni yang tegar sangat hatinya tak nak balik..haha..aku tak balik sebab ade komitmen lain, dan kadang-kadang malas nak harungi beberapa jam dalam bas tu. pening kepala la, tak pun dapat la jimat duit sikit kan,,,huhu.. Pelik tul!


5. Perempuan yang tak pandai sidai kain.
Yang ni bukan masalah die sidai kain senget ke, terbalik ke ape ke? Tapi, korang kena la faham, duduk dekat kolej yang bertingkat-tingkat ni, akan ade masalah bila kita nak sidai kain. Pernah tak korang (perempuan) lain yang menghadapi masalah ni. Cuaca hari tu kalau kite tengok memang best la untuk basuh baju dengan harapan baju cepat kering dan boleh diangkat dan terus dilipat. Tapi  bila nak angkat, tiba-tiba rase macam hujan lebat pulak, tapi yang peliknya pandang kiri kanan, matahari dok terpacak elok je atas kepala. Rupe-rupenye, kain-kain kat tingkat atas tu yang menjatuhkan airnye dengan banyak skali. Tak ke pelik? Korang tu perempuan, pandai- pandai la tos dulu baju korang kat toilet, pas tu baru la sidai. Pelik tul!


sebenarnye banyak lagi yang aku rase pelik dengan perempuan ni. Tapi setakat ni je la,, ni pun aku rase dah cukup berdosa dah post benda ni,,huhu.. Entry ni memang khas untuk perempuan je, yang lelaki jangan kecik hati. Entry untuk korang bakal tiba satu masa nanti,,huhu

Saturday, 10 December 2011

Gerhana Bulan

kenape?! kenape?! dan kenape?!
sedihnye,,
hampir sahaje terlepas menyaksikan kebesaran Allah malam ni
Gerhana Bulan, 
kelam kabut turun depan kolej dengan rumate sebab nak tengok
tapi dah hampir terlindung dengan awan,,

kejap nampak, kejap tak nampak..
nampak sikit je, sebab terlindung awan..
dengan wajah sayu, tlipon ayah kat umah..
ayah kate lepas maghrib kat masjid dah buat solat gerhana dah..

ala,,kenape?! kenape terlupe pasal gerhana malam ni??

erm..sedihnye,,sedihnye,,,sedihnye....
tak puas hati, suruh ayah tengok kat luar rumah, 
same tak bentuk bulan kat upm ni dengan bulan kat umah,,ahha *(gigih lah)
ayah kate same je,,skang ni dah terlindung,,

terlepas lagi gerhana bulan kali ni
sebelum ni sebab tertidur,, sedihnye..

Friday, 9 December 2011

Mimpi

aPe kejadah pulak pasal mimpi ni kan..
ha, korang2 sume mesti pernah bermimpi,,
tak kire la mimpi siang ke mimpi malam ke, mimpi petang ke,,
yang dinamakan mimpi tu mimpi la namanya..

sejak akhir2 ni aku rajin pulak mimpi
so, aku mula lah nak tau mimpi aku tu betul ke tak??

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang m'gembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan menceritakannya pada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudharat kepadanya"
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id

cube perhatikan ayat2 kat atas tu,,
perasan tak,,bila kite citer mimpi yang best-best kat orang lain, ade sesetengah tu kate kite nak riak la..tak pun ade yang kate, "betul ke die mimpi cam tu,..macam reka je"?? 
bila kite citer mimpi yang macam tak best pulak,sebok nak tau citer selanjutnye..
ha, yang ni salah orang yang bercerita mimpinye, dan orang yang mendengar cerita mimpi tu..

baru la aku tahu, kalau mimpi benda buruk ni, tak payah citer kat orang rupenye..(ambil pengajaran sebentar)..
Dan haram hukumnye bile kita mereka-reka cerita terhadap mimpi kita..

ok, pernah tak korang mimpi yang macam ni pulak??

mimpi ni termasuk mimpi yang benar..

1. Mimpi tengah dengar lagu kat radio..(lagu 3 kata by KRU) contohnye..
Bila terjaga, betul2 kat radio time tu tengah berkumandang lagu tu,.ha mesti pernah kan mimpi cam ni..
Mimpi macm ni dipanggil 'mimpi semasa', kita mimpi apa yang sedang berlaku time tu (in the current time, but not necessarily space) omputeh cakap.,..
time ni, roh kita memang tengah keluar ke tempat2 tertentu,tapi sebahagian roh kite masih ade dalam jasad..

2. Ada jugak mimpi yang tunjukkan perkara yang akan berlaku. ni jadik pada roh seseorang yang 'menjenguk' ke masa hadapan. Sebab tu ada dalam kalangan pemikir Islam yakin yang kelajuan roh mengatasi kelajuan masa..


3.  Mimpi benar satu lagi ialah mimpi yang pelik2 (ganjil) atau mimpi qiasan, Dalam kes ni, roh kita dah masuk alam lain (Alam ghaib). Alam ghaib ni pulak banyak, contohnye alam barzakh. Tu yang kadang2 kite ade mimpi jumpe orang yang sudah pun meninggal dunia.(Aku pernah je mimpi jumpe arwak nenek)..dalam mimpi jenis ni, seseorang tu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Kadang2 mimpi rambut tetiba je jadi pendek (walhal rambut panjang), mimpi kena patuk ular, tercabut gigi dan sebagainya.



Mimpi yang ni lak, jenis mimpi laqha (mimpi palsu)
mimpi ni sebab kena ganggu dengan syaitan..hati2 dengan mimpi ni..

1. Mimpi menakutkan
kadang2 kita mimpi benda2 ngeri yang kita sendiri tak nak ingat
bila bangun je rase macam nak menangis dan susah hati
ni petanda mimpi ni datang dari syaitan
dan biasanye berlaku bila kita tidur dalam keadaan marah,susah hati atau kesedihan.
sebab menurut Prof. Madya Dr. Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan  Islam, perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan pertahanan diri kita lemah ketika tidur. Time ni lah syaitan mudah masuk dalam badan kite, sebab syaitan sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan anak adam melalui mimpinya. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak adam mengikut pembuluh darah.

Mimpi yang ni pulak, mimpi sekadar mainan tidur 


Mimpi ni lah yang paling banyak berlaku pada kita.
Mimpi yang disebabkan faktor2 luar seperti pengaruh tv atau perkara2 yang berlaku sebelum kita tidur..
contohnye, kalau sebelum tidur kita tengok bola, Liverpool vs Chelsea. Keputusan, Liverpool menang 4-2 (aku penyokong Liverpool, haha). Yang bermimpi ni pulak adalah penyokong Chelsea, dalam mimpi dia tu, dia mimpi lah yang Chelsea ni menang kalahkan Liverpool, yang menjaringkan pulak adalah diri beliau sendiri,ahaha,,berangan la tu sebelum tidur (aku yakin je budak2 laki mesti pernah mimpi benda ni),,ahah

Mimpi ni macam2..jadinye kalau kita mimpi perkara2 yang tidak diingini, amalkan lah perkara2 ni

1. Membaca Ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojim)
2. Meludah ke kiri 3 kali
3.Ubah cara tidur. Mengiring ke kanan lebih baik
4.Bangun solat 2 rakaat kalau termampu

Pesanan: jangan meletakkan keyakinan atau bergantung harap pada petunjuk dalam mimpi terutama mimpi yang datang dari syaitan. Mimpi adalah satu perkara peribadi yang menjadi rahsia ALLAH, dan mimpi tak ada kuasa ubah nasib kita. Hanya ALLAH yang maha BERKUASA.. (pesanan untuk mereka yang nak exam)...


Baru aku tahu jugak, makhluk Allah yang lain jugak bermimpi..
Kucing pun boleh bermimpi... Ape yang kucing mimpi ye????







Thursday, 8 December 2011

PKU dan Aku

Pagi tadi dapat panggilan dari PKU
bertanyakan khabar semasa
diselangi dengan nasihat-nasihat doktor

Juga nak pastikan yang aku tak ke mana-mana hari ni
dan nak pastikan aku tak ke kelas..takut sangat aku pegi kelas
walhal memang hari jumaat aku tak ada kelas pun,,hehe
Doktor tu memang best,,jage patient die, ^-^

Doktor pesan,
Esok pagi kena pegi PKU
kena check sekali lagi tahap kesihatan
kalau larat aku pegi la..hmm~~

Tahap kesihatan aku, 
aku rase panas badan dah berkurang
selseme je macam tak kurang2
suare semakin menghilang
pening  masih di tahap yang same
Sakit-sakit badan itu biase
dan ape yang aku makan gerenti keluar balik..

semoge cepat sihat ye tubuh badan ^_^


Demam

Kalau sekarang ni semua orang tengah demam ...
Demam Ombak Rindu
siap menangis bagai
siap beli tiket doploh kali 
sampai orang lain nak tengok pun tak dapat
sampai abang kaunter tiket wayang kat mines tu pun dah boleh kenal,,heh!!

tapi aku demam lain
ni demam yang betul2 demam
bukan tipu2 punye..
4 hari lepas dah start pening kepala yang melampau
kalu hantuk kat dinding kasi pecah pun tak pe
dahsyat punye pasal pening tu
after tu makin menjadi-jadi dan suhu badan mula meningkat
selseme pulak
sakit tekak, sakit perut, muntah2 segala bagai

setelah dipaksa dengan kerasnye
maka jejakkan kaki ke pusat kesihatan Universiti (PKU)
ha..suhu badan hambik kau..39.3
MAMPU??
dapat mc 3 hari 
kalau tak surut jugak kena refer dekat Hospital Serdang
sebab dan munasabab tak dapat dikenalpasti
tapi doktor tu siap mintak no tlipon dengan alamat rumah bagai

InsyALLAH, harap segalanya dipermudahkan 
semoge cepat sembuh ye tubuh badan.. =)

Thursday, 1 December 2011

Esaimen Multimedia

Untuk entry kali ni memang kena post banyak video
video2 ni datang dari mane pulak kan??
ha, ni lah esaimen group aku (My Team Production)
untuk kelas Multimedia..

Siyesly, aku mengaku lah memang banyak keje dalam kelas ni
setiap minggu memang kami2 ni 
akan dibekalkan buah tangan (esaimen baru) oleh lecturer kesayangan
(Dr. Normaliza_Dr. Notts)
mesti ade je tugasan beliau ni..

Yang paling menakutkan
"Post Kat Youtube,saya nak tengok" kata beliau
ha, sudah! youtube pulak dah..

tapi SYIOK!!!!!!!!
best la dapat buat benda2 yang asalnye hukumnye adelah MUSTAHIL
untuk dilaksanakan..tapi dapat dizahirkan akhirnye,,haha


* 3 Video klip aku post terus kat blog aku ni..
Video2 ni ada dalam post yang sebelum ni...

*Blushing3....^_^

Video 3_My Team


Yang ni siyes klakar..
Tugasan ni kena buat videoklip yang kamera rakaman perlu statik,,
subjek yang kena bergerak

Memang macam2 lah yang akan jadi
kitorang dah lah tak pandai menyanyi apentah lagi menari..

Tapi yang bestnye, ..YEAY!!
video ni antara video plilihan Dr. Tersayang..
haha..

*Blushing2 la bila tengok2 balik video ni..


Video 2_My Team



Yang ni video seram...Tapi aku tengok tergelak je memanjang
haha..tapi bile nak pegi toilet kul 3 4 pagi
boleh plak terbayang2 video ni,,
walhal. kelakar je pun..huhu

Siyes pelakon yang pegang watak "hantu" tu memang terbaik..
Ape ending sebenar klip video ni??
huhuhu..Aku tak mati,,yeay!!! 
tapi kena jage plak binatang tu..heh!!

Selamat Menonton

My Team_Video 1




Untuk pengetahuan, klipvideo ni dihasilkan sebagai memenuhi tugasan 
subjek Multimedia yang aku ambik sem ni

Kena wat Videoklip ala2 penyanyi terkenal tuh..
tapi tak la professional seperti mereka
basic sahaja..

Tapi ok what!!hahaha

tahniah kepada ahli2 My Team..
korang memang pandai berlakon sebenarnye..^_^

Sunday, 27 November 2011

Bersin vs Menguap mane yang lebih baik

pernah tak korang sume bersin or menguap?
kompem lah pernah kan,,bohong lah kalau tak..heh!!

ape yang tersirat nye di sebalik bersin dan menguap ni??


BERSIN

Start citer dengan bersin dulu..
sebagai orang Islam banyak antara kite
yang dah lupekan adab ketika bersin.. ucap "Alhamdulillah"
mungkin kite lupe,,sifat manusia kan,,mudah lupe atau kite yang tak tau keutamaannya..
dan orang yang mendengar orang lain bersin wajib pulak ntok ucap "yarhamukallah" (semoge Allah merahmatimu) sebagai doa kepada mereka yang bersin
tapi, berapa ramai antara kita yang amalkan perkara ni??!!
malah, ade je antara kite pandang slek je dengan orang yang bersin kuat2 ni kan..
(tapi adab bersin kena rendahkan suara pun)
macam bersin ni satu kesalahan pulak..

Tapi kite juge perlu tahu
ade beberape perkara yang kite tak wajib ucap "yarhamukallah"


-Ada seseorang yang bersin, dan dia tak mengucapkan hamdalah (Alhamdulillah)
-Ada seseorang yang bersin lebih dari tiga kali
-Seseorang yang bersin bukan beragama Islam. Walaupun orang tersebut mengucapkan hamdalah,kite tetap tidak dibolehkan ber-tasymid. tapi dibol;ehkan menyebut 'Yahdikumullah wa yushlih baalakum"
-Seseorang yang bersin bertepatan dengan khutbah jumaat. Cukup bagi yang bersin sahaja untuk ucap hamdalah tanpa ada yang ber-tasymid (wajib diam ketika khutbah jumaat)
-Ketika berada di tempat terlarang untuk mengucapkan kalamullah seperti dalam toilet


tapi tahukah kite sesungguhnye ALLAH mencintai orang yang bersin?

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda,
"sesungguhnye Allah menyukai bersin" (HR Bukhari)

tau tak bersin ni baik ntok kesihatan, dapat hilangkan toksid dalam badan,
dan dapat hilangkan keinginan ntok selalu kenyangkan perut..
ha!!nampak tak kelebihan bersin ni..
 dan sampaikan orang barat pernah kaji
 kenapa orang Islam bila bersin kena sebut "Alhamdulillah"?
rupe2nye bila kite bersin ni jantung kite  berhenti berdegup (mati seketika)
so, bila lepas bersin kita bersyukur lah bila kite diberi kehidupan semula (jantung terus berdenyut)


MENGUAP

Menguap plak..selalu tak nampak orang menguap dengan mulut terbuka luas
sampai anak tekak pun boleh nampak,,tak pun orang menguap sambil keluarkan 
bunyi 'HAAAAA'..(kadang2 pun aku terbuat)..hehe
tahukah kite?sesungguhnya ALLAH benci orang yang menguap
"Adapun menguap, maka ia berasal dari syaitan. Hendaklah setiap muslim 
berusaha untuk menahannya seboleh mungkin, dan apabila mengeluarkan 
suara 'ha' maka saat itu syaitan mentertawaknnya." (HR Bukhari)

Menguap ni banyak keburukannya
menguap ni boleh membuat seseorang tu banyak makan
yang akhirnya membawa kemalasan dalam beribadah
malah Allah benci perbuatan menguap lebih-lebih lagi ketika sedang solat

Bila kite nak menguap, sebolehnye tahan lah semampu yang boleh
atau tutup dengan tangan
"Menguap adalah dari syaitan, maka jika salah seorang antara kalian menguap,
hendaklah ia menahannya sedapat mungkin" (HR Muslim)

Mungkin sebelum ni kite tak tahu soal BERSIN dan MENGUAP
so, bila kite dah tahu marilah kite amalkan perkara ni
yang sememangnye menjadi sunnah Rasul kite
coz banyak manfaat dan kebaikan di dalamnye

Maka, renung2 kan dan selamat beramal

Friday, 25 November 2011

Hoki

HOKI
lame dah tak main 
pegang kayu panjang tu apentah lagi
heh!! 
bakal menggigil la tangan esok

esok ade 2 match
interkolej 
persiapan sume dah ready..
dengan stick kesayangan bagai
last2,sport shoes plak kopak

terpakse lah pinjam kasut rumate
blushing2 la wajah time nak pinjam tu..
hehehe

so, setel dah bab kasut
maka, boleh la main dengan jayanye nanti
huhu


Teringat zaman2 sekolah dulu..stick hoki menyapu bibir
bola plak singgah di kepala..heh!!tetap tak serik2 lagi..huhu

Thursday, 24 November 2011

3 idiots

pernah tak tengok citer ni?
3 IDIOTS
citer hindustan 
hero AMIR KHAN 
heroin KAREENA KAPOOR
Siyesly banyak kali tengok citer ni
kalu tak silap
citer hindustan pertama 
yang aku tengok  tak membusankan
after KUCH KUCH HO TA HAI

dalam sehari boleh 3 4 kali ulang citer ni
best la bagi aku,,


Give me some sunshine,give me some rain..Give me another chance, i wanna grow up once again..


teringat bait2 lagu ni.. salah satu lagu
yang ade kat muvie ni..(GIVE ME SOME SUNSHINE)


Tuesday, 22 November 2011

Debat dunia_World Universities Peace Invitational Debate

Hari ni berjuang di peringkat suku akhir..
Debat Dunia...
Posisi team sebagai KERAJAAN PENUTUP
usul:
Dewan ini m'cadangkan bahawa demi keamanan
blok ekonomi lebih penting berbanding blok persenjataan

lawan team UTM (kerajaan pembuka)
UM (pembangkang pembuka)
UIAM (pembangkang penutup)

Siyesly, susah jugak la tajuk ni
dah la tak berape nak expert dalam hal2 ekonomi dunia
tapi kelebihan aku bila aku tahu isu2 timur tengah
tak lah ting tong sangat

tapi keputusan tak memihak pada team upm2
dapat tempat ke 3 sajorh...
heh!!
tapi aku rase puas lah..
aku rase dah buat yang terbaik..tapi rezeki masing2 kan..

seronokla debat ni
rase pengalaman debat dengan negara2 lain..
dapat peluang lawan team  dari KEMBOJA
dan team dari TURKEY  n' AHGHANISTAN.. hehe

tapi,perjuangan masih lagi diteruskan
sebab 1 lagi team upm layak ke separuh akhir,,
gud luck ntok mereka.. =)




Monday, 21 November 2011

Special date 20112011

20.11.2011

Hepi bezday to ME
Hepi bezday to ME
Hepi bezday to AJA ISMAIL
Hepi bezday to ME... hehehhe

ha,ni la tarikh bezday aku,,bezday girl la aku skang ni
cantik plak tarikh bezday aku time ni..

tapi ape yang x brape nak best nye, time bezday aku ni la
aku busy dengan beberape perkara
skang ni aku berada di UMK, kelantan

wat pe la ku kat pantai timur ni kan??
ha, aku terpilih ntok wakil UPM ke pertandingan debat dunia
World Universities Peace Invitational Debate (WUPID)

Time bezday aku, aku tengah berjuang dalam debat
tengah stress dan sebagainye..

tapi, teammate aku ni sangat lah baik sumenye
(Mat, Badri dan Zahir)
yang masih ingat pada bezday aku ni..

so, dalam sebok2 ni masih lagi dapat hadiah,,,hehe
 hadiah pertama yang aku dapat..jeng jeng jeng..!!


roti hotdog pemberian dari mat seringgit (teammate)

roti ni tak seberape tapi dikira bermakne,,tengs pada kwan2 aku ni,,,kelakar pulak kan,,

hadiah kedua dapat hari ni..
ape plak kan..hehehe
hadiahnye bila team aku ni berjaya ke peringkat suku akhir.. =)
siyesly, memang jadi hadiah ntok bezday aku kali ni..


lastly, HEPY BEZDAY AJA ISMAIL..
semoge sentiase bersemangat,,
dan jangan kuat nanges lagi,,jangan  lupe barang2 awak..
jangan jatuh juge,, =)

Thursday, 17 November 2011

FISCA 2011

                       Minggu lepas aku busy dengan satu program Kolej aku ni,,so, skang ni aku nak share sikit pasal program tu..Program pe? ha, aku nak bagi tau la ni? FISCA'11...,,name penuh nye, FOURTEEN ISLAMIC CARNIVAL..


Program ni besar, so adelah sub2 program bawah die,,1st program dimulakan dengan talk by...........CATRIONA ROSS (selebriti tuww) dan USTAZ AMIN IDRIS (Pengacara TV Al-Hijrah)


Gambar kenangan bersama Ustaz Amin dan Catrionna Ross



Best la talk mereka dua ni,,tajuknye,, 'SAAT HATI DISAPA'...kisah mereka bagaimana akhirnya kehidupan mereka yang berubah ke jalan yang lebih diredhai,,penonton boleh la ambik sedikit sebanyak pengajaran dan ikhtibar,,memang syiokkkkkkkk!!!!..


2nd program, ade talk jugak,,tajuk memanglah sangat menarik..'BAJU KURUNG BERTEMU BAJU MELAYU'..haha..best kan,,,


Moderator: cik yang berbaju kuniang tu, Siti Rohani Surani (pengacara Ustazah pilihan)
Ahli Panel:
Ust Shahrizan Daud at-Turabi
Mursyid Imam Muda 1 & Mualim Madrasah al-Quran TV al-Hijrah
Ustz Khairul Anuar Mohd Basri
Qari Tilawah TV Astro Oasis
Ustazah Suriani Bt. Sudi
Musyrifah Rancangan SOLEHAH TV al-Hijrah



lepas tu, ade program "ANGGUN BUSANA MUSLIMAH"..ha,ala2 model la tapi untuk muslimah,,pakaian menutup aurat gituww..dan lelaki dilarang masuk ke dewan..haha,,maka ramai la jejaka2 yang kecewa tak dapat jadi penonton,.haha..memang cantik2 la diorang ni,,tapi kemenangan bukan pada pakaian sahaja, tapi cara mereka menjawab soalan yang diberikan..


yang bestnye,,mestilah juri2 yang datang ntok judge diorang ni kan,,sape? (tanye sendiri dalam hati)..ha, mereka2 ni lah,,,


Fatin Liyana (blogger) tudung pic
Maria Elena (blogger) tudung purple
Fatheen Nabila (Gadis Melayu 3) ketua juri..

Ha, ni la juri2 'ANGGUN BUSANA MUSLIMAH' ni..giler gempak kan,,tapi aku tak dapat jumpe pun diorang ni sebab ade komitmen lain time ni..heh!!


tak lupe juge pada Ustazah Pabiyah,,Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi (Bahasa Arab) yang turut jadi juri...



ni dia finalis2 nye,,,sape yang menang? ha,,teka la,,teka la..heh!

Malam terakhir program ni kan,,ade konsert nasyid pulak,,Artis jemputan kumpuan Saujana dan UNIC,,diorang memang happening,,cool habis lah,,lagu2 yang dipilih memang dekat di hati,,teringat lagu Keluarga Bahagia (SAUJANA).. =)

see..see...SAUJANA tu,,dapat dengar live lagu PENERANG HATI..lagu baru diorang yang gabung dengan kumpulan 6th SENSE..ekslusif gituu..


UNIC!!!!! spoting la diorang,,nampak tak,,siap jemput penonton wat show skali..

SENANYE, banyak lagi program2 yang ade,,contohnye ade program 14 BEST CARE,,ha! ape plak la ni kan,,ni program kesihatan, ade derma darah dan pemeriksaan kesihatan,,maka, sempatlah aku buat pemeriksaan kesihatan..Alhamdulillah,sihat je aku ni,,derma darah? heh, aku layak terima darah je,,=(
gambar? tak sempat ambik...

program lain,,ade aktiviti riadah,,kayak dan basikal..best kan..

untung la diorang, sempat naik kayak,,aku?tak sempat pun sebab busy dengan kerja2 lain,,=(

bila cakap pasal karnival ni,tak de jual2 ke?
kekdahnye tanye lagi.kompem la ade,,


siyesly,kopok lekow kat kedai ni memang terbaik...


bangge la tu aku post gambar diorang kat blog aku ni,,

by the way, FISCA'11 ni memang best! dan respon yang diterima pun memang baik..
so, tahniah ntok pengarah program FISCA'11, Firdaus Ali Dawood Abasi coz berjaya wat program yang best ni..


yang baju putih tu la Firdaus Abasi (pengarah program) bersama Ayahnda pengetua Kolej 14..
Kredit ntok beliau..

Tahniah buat Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 14 yang berjaya menganjurkan program yang best ni..
Gud luck ntok program2 lain..


Thursday, 10 November 2011

DOA BUAT TEMAN



                         Beyla dan ak,teringat time die marah aku setiap kali aku excident.. =(


  Berita yang aku dapat malam semalam memang sangat mengejutkan..mane taknye, kawan sendiri excident..4 tulang rusuk patah, 3 tulang bahu patah dan 1 tulang di dada juge patah.



Menangis bila dapat berita ni.,,terkunci mulut tiba-tiba...




petang tadi dah melawat beyla, sedih tengok keaadan die,,tapi nasib baik ade nenek die yang kecoh tu,,hilang sikit rase sedih,,

aku tau die sakit sangat sebab aku yang excident langgar tiang kecik depan padang futsal pun dan meraung tak tentu pasal, apentah lagi yang langgar penghadang jalan simen tu kan,,,



Sekarang die dah dipindahkan ke Hospital Batu Pahat dari HKL..dekat sikit dengan family,,so, pas ni hidup akau akan sunyi la,,sebab dah tak de orang nak maki hamun aku yang suke hilang barang dan excident je.. =(
tetibe rase rindu nak kena maki...



Hope she'll be fine, and get well soon,..... doakan yang terbaik buat temanku ini..
Semoge ALLAH sentiase melindungi die dan beri kekuatan kepadanya,,,,AMIN...



< teringat kata-kata beyla time melawat die tadi,,siyes buat aku rase nak patahkan jugak kaki die,,>

..........."aja, tapi beyla patuhi had laju tau,,110 km/j...."  beyla, tu had laju ntok kereta, bukan motor......@&^%$#*^.....mahu kau tak melayang,,heh!!!!...............................

Tuesday, 8 November 2011

pilihan 2

.........antara tanggungjawab aku sebagai MTM Kolej dan komitmen aku sebagai pendebat Universiti............



Kalau sebelum ni aku pernah post pasal PILIHAN, malam ni aku betul2 berada dalam situasi ni..2 perkara dalam satu mase untuk minggu ni,,sebelum ni boleh je handle sebab tak berjalan serentak..tapi kali memang ujian buat aku...siyesly, aku susah sangat nak buat keputusan ni sebab dua2 penting dalam hidup aku.



Memang aku tak boleh buat keputusan on the spot. Pakse la macam mane pun....jadi bila aku dah pertimbangkan beberape perkara yang berkemungkinan segala bagai,, aku kena jugak pilih...kali ni aku pilih tanggungjawab aku sebagai MTM Kolej....



aku harap, aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat..mohon Allah permudahkan segalanya,,

Monday, 7 November 2011

Tinggal Barang

Betul la ape yang orang sekeliling aku ni cakap..kalau lah anggota badan aku ni boleh tanggal2..dah lame tak lengkap badan aku ni...kenape??? sebab dalam hidup aku skang ni,konsep tertinggal barang tu dah makin menjadi-jadi..


peristiwa yang baru je berlaku...hari ni baru je balik dari kampung (Pontian)...perjalanan 4 jam terus jadi 7 jam nak sampai ke UPM...



Jalan jam,,,tu perkare biase...Then, bila sampai je kat hentian Serdang,dengan muke berseri-serinya turun bas sebab tak sabar nak sampai bilik nak jamah lauk-pauk yang dah tertumpah dalam beg tu...bau satu bas kot, tapi muke steady,,hahhaha


Jalan je 5 6 tapak,,dah rase lain macam je aku tengok bas tu gerak,,macam ade je benda yang melambai-lambai kat aku,,merintih tak nak kena tinggal..tapi aku confident je la..tu sume ilusi je,,,hahaha...kepale hotak kau ilusi....



Baru la tersedar, benda yang melambai-lambai tu benda yang paling penting tau tak?? Hentak beg on the spot kat situ jugak,,pakwe2 hensem mahupun yang biase2 je terus tak jadi nak tegur aku...ingat aku tak betul la tu,,meroyan tak tentu pasal kat situ..


                                    terus call kawan aku ni,,   " Plis!!!!urgent..!!!  "

so, gigih lah bawak kete laju2 kejar bas tu ke TBS..sampai TBS terus lari-lari anak ke kaunter pertanyaan...DAN..........  " bas tu dah gerak semula ke PONTIAN dik "...********



Terus lari-lari anak lagi ke kereta,,kejar bas tu lagi sambil tu gigih dapatkan contact number pak cik bas tu (Pak Cik Taha) nama beliau...sopan je jawap phone...
                               
                           "Pak cik dah selamatkan dah dompet kamu,,pak cik tunggu kat hentian Nilai"


Baik pakcik,,lagi 1 km..walhal 5 km lagi,,saje nak sedapkan ati pakcik tu,,hehe,,Finally,,dompet tu kembali semula ke tangan tuannye yang lalai sangat ni,,ni kalau lah dapat dikesan oleh kawan2 aku kejadian ni,,bakal dihadiahkan rantai besi la aku nanti time bezday..alasannye,ley gantung barang2 aku kat leher.. Erk~~~

Tuesday, 1 November 2011

PENAT

                                                    Baru je sampai bumi semenanjung
                                                      from Kuching, Serawak <<<PENAT>>>





                                                     Sampai je UPM, terus pale ligat
                                       pikir kan esaimen yang berlambak. Hmmm....<<<PENAT>>>






                    Selak FYP kejap...tak jalan jugak...Selak esaimen report..masih tak jalan
                        esaimen yang lain terus lah tak terselak langsung.. <<<PENAT >>>





                                                             ***  penat sangat *** z_z