Monday 26 December 2011

Dr. Normaliza Abd Rahim

salam semua..semoga sentiasa berada dibawah lindungan yang maha Esa,,
dan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

macam serius je kan intro post ni..huhu

Di sini sebenarnya aku nak riwayatkan sebuah hikayat moden sepanjang aku bergelar pelajar bagi kursus
 BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia.

Hikayat Dr. Notts dan pelajarnya

Al-kisahnya bermula tatkala aku dan rakan-rakan yang lain wajib mengambil kursus ni. Maka dengan penuh takzimnya kami pun mendaftar la. 

Tok Guru kami ni dikenali sebagai  Dr. Normaliza Abd Rahim
atau lebih dikenali dengan nama penanya Dr Notts
mula-mula berguru dengan beliau ni, bergetar jiwa dan raga tau. Adus dapat pulak lecturer yang banyak bunyi ni..susah la macam ni. 

Biasa la, kalau nak berguru ni kena ada pantang larangya seperti hikayat-hikyat lama tu. Bile berguru dengan beliau ni pantang yang pertama, jangan nak berangan pergi kelas dengan pakai sempoi-sempoi atau bahasa kasarnya selekeh. Si teruna kena pakai smart kasut bertutup, yang si dara baju kena vouge. Kasut kena tinggi, lagi tinggi lagi bagus.Kalau tak, bakal kena balik kolej semula tukar balik baju atau lebih dahsyat keluar dari kelas beliau.
Maka, sejak dari itu aku mulalah berjinak-jinak menyarung heel atau kasut-kasut yang aku tak pernah sentuh sebelum ni. Setiap hari khamis kalau nampak aku cantik sikit tu jangan la tanye kenapa.

Pantang yang kedua, berguru dengan beliau ni kena punctual. Jangan lambat walau sesaat. Ni aku kira pantang larang tradisi setiap tok guru kan. Betul la, sape yang tak patuh tu memang silap korang sendiri. Untuk kelas beliau, sebelum beliau masuk student mesti dah kena ready dalam kelas. giler awal kena datang. Barangsiapa lambat ke kelas , seperti biasa jangan berangan nak masuk kelas beliau tanpa rasa bersalah. duduk luar ok,,dan ahli group kena tolak markah..hambik!!

Pantang yang ketiga jangan miss kelas beliau langsung. hanya kematian je yang akan diterima. Sakit-sakit lain tak kan dilayan. Sorry to say..ahakss..

Tu antara beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi. Bila masuk kelas beliau ni, student dibahagikan kepada bebrapa group dan kena pilih nama production. Adapun group aku bernama My Team Production yang terdiri daripada 6 orang ahli. 2 teruna dan 4 dara pingitan,,haha


ni lah ahli group My Team Production
Nozi, Huda, Elyz, Fendi dan Aris

Nampak macam tegang je kan kalau dalam kelas beliau ni, tapi sebenarnya giler best kelas ni. Mana taknya, tugasan pertama je kena buat blog. Tu yang wujud KIRIKANAN ni..ahha.

"Tulis la ape yang awak semua nak tulis, nak kutuk rakan sekelas ke, jiran depan rumah ke..ape-ape je, yang penting jangan kutuk saya, dan saya nak baca banyak post" kata beliau. 

Lepas tu kena buat tugasan dalam kelas kena siapkan dalam masa satu jam. Kerja tampal-tampal kertas atas board untuk buat tugasan asas grafik. Haa,time ni lah semua kelam -kabut sampai nak tengok orang sebelah pun tak sempat..ahah


time buat tugasan asas grafik


kembali ke zaman sekolah rendah. memotong dan menampal..huhu


ahli-ahli my team yang sedang bekerja


semua orang tak sempat nak toleh KIRIKANAN


Rakan-rakan kelas yang lain ~G-Force Production


Cempaka Sari Production~




ni lah hasilnya..

Tugasan kedua lagi masyuk. Kena posing-posing kat kamera pas tu tayang kat beliau. Dan beberape tugasan lain yang melibatkan beberapa aksi yang perlu ditayang,,ahah


beberapa aksi ketika tugasan bergambar




ada satu tugasan aku ni memang kelakar la.kami semua kena jadi paparazi. Nak dijadikan cerita, ada lah satu seminar ni kan yang kami semua kena hadir termasuklah beliau. dan tugasannya kena curi-curi tangkap gambar beliau sendiri tanpa beliau sedar. Gambar tu kira reject sekiranya beliau memandang kamera..ahha..maka, berlakulah aksi kejar-mengejar beliau waktu seminar tu,,hahaha



setel bab gambar. tugasan seterusnya kena buat video klip ala-ala artis tu kan. Muke dah blushing2 kan bile tau kena berlakon dalam video klip tu. paling tak disangka, bila arahan beliau dengan tegas dan kerasnya

"Post dalam Youtube, present dekat saya by Youtube, semua tugasan yang kena buat video post di Youtube dan blog kamu"

..ah sudah, main youtube pulak beliau ni. Jadi tak jadi video tu memang wajib tayang la kat youtube,,ahah,,tapi seronok beb..

ada la dalam 5 video yang perlu diselesaikan di sepanjang kelas beliau ni termasuklah paling mencabar time buat video seram  tanpa suara. kelakar pun ada rasenye bila buat video tu,,ahah..video terkhir pulak kena buat dokumentari about polution. cari la merata tempat-tempat yang dah tercemar nak dijadikan tempat shooting..huhu



siyesly kelas beliau ni memang mencabar. setiap minggu ada je bekalan tugasan yang diberi. tak pernah miss pun. Memang penat sampai pernah satu tahap aku tension giler. Mana taknya, aku dahlah busy dengan komitmen lain di kolej, as a debater dan sebagainya tapi aku tak boleh nak marah sebab aku rase seronok dalam kelas ni.paling tak boleh lupasetiap hari rabu malam mesti kena tido lewat sebab nak siapkan kerja-kerja mengedit video,,berkampunglah ramai-ramai..ahah

tapi ada satu slot dalam kelas ni yang buat aku rase nak tergelak habis, ada la satu hari tu, youtube kena blok,.maka, kerja-kerja tayangan video pun tergendala lah ke minggu seterusnya. kelas jadi free, ntah datang ilham dari mana ntah Dr. Notts ni buat game dalam kelas. dua game yang aku tak pernah main sebelum ni. aku tak tahu nak cerita macam mana game ni sebab kalu aku cerita tak habis baca nanti. tapi ape yang aku nak share, game tu memang kelakar. Siap berlari-lari dalam kelas malah kes tuduh-menuduh group mane yang salah pun berlaku..hahahha.. 

banyak lagi tugasan dalam kelas ni. buat kalendar, website, E-Majalah, kena buat iklan berantai. Bukan setakat  tu je, siap dapat tugasan bagi teka-teki lagi tu.huhu..perah la kepala otak masing- masing cari 30 teka-teki..haha

Tugasan E-Majalah
kena jual baju dalam majalah..haha




antara hasil lakaran


pelajar BBK3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia


gambar kenangan bersama Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts

bakal merindui kelas-kelas beliau, tugasan-tugasan beliau yang memang tak pernah terlintas di kepala
dan setiap lawak yang beliau buat dalam kelas..siyesly, bakal merindui ~~ love her so much..

Tamatlah sebuah kisah Hikayat Moden

Anyone to know my special lecturer
Dr. Notts..


Bace lah blog beliau..~~

No comments: