Tuesday 27 September 2011

Malang Tak Berbau

Walau dah 5 hari berlalu, baru sempat nak menulisnye kat sini..

Betul kata orang,kalau kita berhati-hati pun dekat jalan-raya tapi kalau orang lain yang bermasalah, tetap akan kena jugak..

awas viva putih itu yang main keluar je tak tengok kiri kanan,,akhirnye aku jugak la yang kena mengelak dari melanggar dan dilanggar..Habis motor pecah...

paling menyakitkan hati, boleh pulak kau berhenti kat tepi tu kejap je lepas tu kau pergi macam tu je. Kalau ye pun turun la tengok keadaan aku yang dah cedera tu.

tak pe, kat dunia kau lepas, kat akhirat nanti cari la kau aku nanti.

pergi pku, Dr. kate tak ada apa-apa. So, aku pun dengan tanpa serba-salahnye pergilah Melaka untuk pertandingan Debat Alam Sekitar selama 5 hari.

Nak dijadikan cerita, kaki yang tertindih motor tu makin bengkak dan jadi hitam. sakit jangan cerite la.memanag tak tahan,nasib baik ada ubat tahan sakit.

Roomate yang sama-sama terlibat pulak mesej bagitau yang kaki die retak, kena simen. terus takut kaki aku pun retak jugak,. tapi bengkak makin surut.hope tak ade apa-apa yang berlaku.

Tuesday 20 September 2011

Hilang Lagi

Zaaaaappp!!1.. Berderau darah bila teringat sampul duit raye kaler hijau tu hilang..banyak $$$$$$ dalam tu..duit belanje ntok bulan ni,,terus pegi tong sampah depan toilet, selongkar habis-habisan. Ade la 2 3 ekor kucing tepi tu pandang pelik je kat aku.
            (Manusia pun cari makanan kat situ ke???aku nak makan ape nanti??) agaknye tu la yg kucing tu pikirkan,,lantaklah,,yang penting objektif dan mtlamat aku nak dapatkn balik duit tu tercapai..Ah,sudah!!!mak cik cleaner tu dah pungut sampah,mesti dah tak de. Pegi kelas dengan wajah yang sugul sambil telingan kiri kanan ni dok dengar je la 2 orang manusia (Eliz ngan huda) ni membebel.
                  Sampai kelas, cik bela merangkap mak tiri (sebab die slalu berleter kat aku) dapat tau plak brite ni. Ha, bertambah panas la telinga ni kena leter..tapi, aku yakin duit tu masih ada...balik je kelas campak beg terus solat Asar dulu (yang wajib perlu di dahulukan) =)..kembali ke tong sampah...KOSONG!!! hati masih yakin,,
 Balik bilik bukak segala kotak yang ada,,,,YA ALLAH !!! AIN!!!! (nama roomate)...ada kat sini la..tersenyum lebar sampai ke telinga...Maka di isytiharkan duit untuk belanje bulan ni masih lagi selamat...hahahaa...

Saturday 17 September 2011

HARI YANG MEMENATKAN TAPI HAPPY....=)

Salam...
        Cerita untuk hari ni,pagi-pagi dah kena bangun sebab kena jadi pengacara majlis untuk Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPT peringkat saringan..macam-macam gayalah pemidato ni,,ada yang menyanyi,ada yang berlakon..habis je pidato,terus melawat kawasan pameran Kolej 14 dan 17 sempena Minggu Penghayatan Putra,tngok rehearsal Mtp Kolej,,lepas makan tolong peserta-peserta Malam Tunas Putra bersiap. Nak kena solekkan,nak kena carikan baju (walaupun tugas hanya sebagai jurugambar tak bertauliah)..hahhaah
        Balik Kolej sekejap dan terpaksa meredah hujan. Lepas Maghrib kena kumpulkan pelajar-pelajar baharu Kolej 14 untuk ke DEWAN BESAR sempena MTP ni. Seronok sebab kali ni tempat duduk betul-betul depan pentas.Dapat tengok dengan jelas lah persembahan kan. Menjerit macam tak ingat dunia semata-mata untuk kolej sampai lah suara serak, apentah lagi bila diumukan gabungan Kolej 14 dan Kolej 17 johan keseluruhan MTP..=) TAHNIAH untuk semua peserta..
        Pagi esok pulak kena jd pngacara mjlis lagi untuk Pertandingan Pidato peringkat separuh akhir..MATILAH!!!!!suara dah tak ada!!!!!!!!!!!

Thursday 15 September 2011

Coretan Pertama

Bonjour.. Je m'appelle Siti Hajar Ismail..
Ini merupakan coretan pertama dalam blog saya. Akhirnya,angan-angan untuk memiliki blog sendiri tercapai.Sebelum ni berangan je, tapi tak terlaksana sebab tak ada alasan yang kuat untuk memiliki blog sendiri. Jadi, saya berterima kasih kepada pensyarah saya Dr. Normaliza yang mewajibkan setiap pelajar yang menggambil kelas beliau untuk buat blog sendiri. Terus ada alasan yang kukuh kenapa saya perlu ada blog sendiri kan..^_^
 Terima kasih juga pada rakan saya Nor Syahirah Azman yang sudi la mengajar saya ni cara-cara nak cipta blog sendiri..=)..
 Permulaan ayat tu saje-saje tulis bahasa Perancis sebabnye dah lame tak menulis dalam bahasa tu,,takut terlupa bnyak nanti kalu tak diamalkan,,sia-sia je belajar 2 tahun,,heheehe,,walaupun tulis sebaris je..hahaha
 Setakat ni je la untuk yang pertama ni..yang lain akan menyusul kemudian...
Au Revoir...=)