Tuesday 29 May 2012

Salam..

rasa macam dah lama je tak jenguk laman sesawang yang satu ni
biasalah, bergelar pelajar tahun akhir, di samping aktif dengan kegiatan-kegiatan berfaedah yang lain, memang tak cukup masa nak conteng ape-ape kat sini

tapi tibe je malam ni dengan kuasa bulan, tergerak hati nak jenguk sekejap. Bila dah jenguk apa salahnya tinggalkan sikit cerita. Tak gitu,,aha.

Beberapa bulan dan minggu ni macam-macam benda yang jadi..
baik berita gembira, lawak komedi mahupun drama airmata..


Berita gembira ; ape ye? ermm..rasenye pasal kejayaan aku dan beberapa lagi rakan seperjuangan dalam dunia debat yang berjaya. Aku. Mungkin ni lah pencapaian yang berjaya dilakar sebelum meninggalkan kelab debat. Berjaya ke peringkat akhir untuk Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden di UPNM. Even tumpas di tangan pahlawan tuan rumah di pentas final, tapi tetap rasa puas...Lepas tu di tambah dengan kejayaan rakan seperjuangan (Fathiah Ibrahim_ yang berjaya menjadi johan Pidato Antarabangsa..Cantik beliau malam tu,,hehe..bolehlah..haha dan beberapa lagi siri kejayaan peningkatan prestasi beberapa ahli kelab debat,, tahniah semua

Lagi. Bila berjaya merangkul anugerah Olahragawati pada Malam Anugerah dan Pragraduan Pelajar Tahun Akhir Kolej. Tahniah buat diri sendiri..

Lawak Komedi. Banyak sangat. Rasanya tiap-tiap hari ada je benda yang nak digelakkan. Paling kelakar bila tersilap naik motor orang lain depan cafe. nasib baik takde orang nampak (harap-harap lah)..Dah motor tu sama bentuk dan warnanya dengan motor aku, maka dengan yakinnya  naik atas motor tu, masukkan kunci. Tapi pelik je bila kunci tak boleh pusing. Pandang-pandang rupenye motor aku kat depan motor tu. Skali silap lah,,hehehe


Drama air mata.Erm..bila kehilangan wang tunai dalam bank. Tak nak cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Gituu...

2nd, Kena marah dengan supervisor sebab Projek tahun akhir banyak salah. Padan lah dengan muka aku ni. Tapi sekejap je. Pas tu jadi gagah balik. Macam takde apa-apa yang berlaku.

Sekarang ni lagi sebulan je nak tamat belajar. Hope semuanya dipermudahkan.




Sunday 15 April 2012

kesimpulan kehidupan cuti midsem

hari ni hari terakhir cuti mid sem yang seminggu itu
sebelum cuti memang banyak planning yang dah list,,berkajang-kajang rasanya
esaimen antara yang tersenarai dalam list yang direka khas tanpa sebarang anasir ugutan
ha, maknanya niat nak menjayakan kerja-kerja study tu memang ada,terbaik lah

tapi kita hanya merancang,tuhan yang menentukan
ceit~~ bila tak buat semua benda tu mesti ayat tu yang jadi modal kan
hahaha,,biasalah..

saturday,1st day on my holiday, dimulakan dengan menguruskan lawatan pelajar-pelajar smk muadzam syah selama 2 hari,maka hari isnin suppose to be dah boleh menjayakan segala yang dirancang
tapi, hati masih memberontak mahukan rest yang panjang..
follow lah kata hati tu dengan harapan keesokan harinya segalanya dipermudahkan

tapi haram, tuesday, i'm going back to my sweet home.. ~~rumah manis rumah~~
dalam bas tu punyalah berjanji pada diri sendiri akan berjuang demi pelajaran di rumah
hampeh~~segalanya berubah,,di rumah adalah tempat untuk bermaharajalela membelai kemalasan yang menggunung,di tambah dengan kehadiran tv yang hampir setengan tahun tidak ketemu, maka semua rancangan nak ditontonnya,,haha

3 hari masih dengan tentatif hidup yang sama, makan , tidur, tegok tv,,kalau ada pertambahan pun keluar berjalan sekeliling kampung mencari kalau-kalau ada perubahan sepanjang peninggalan,,

Friday, go back to upm, sedih  like2 kononlah nak tinggalkan kampung halaman
sampai bilik terus kemas bilik, sedaya upaya merasakan diri penat teramat,maka tak boleh buat esaimen lagi
dengan bekalan internet tanpa gangguan sebab semua student tak balik lagi,maka menonton semua drama di e-tonton dengan jayanya semalaman

kesannya, hari sabtu bangun pagi  terus pening kepala
ditambah dengan jemputan untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan
yang mana mendatangkan kekenyangan itulah yang bakal didahulukan,,haha..malam keluar makan ayam penyet di seksyen 4, bangi,,saturday,,again i'm wasting my time


and  for my last day,sunday...still.. my lazy mood..
bangun pagi je terus cari internet kelajuan tanpa batas, tengahari again cari ayam penyet diselangi dengan aiskrim tutti fruity..bila kenyang mula cari katil,berangan kejap kawin dengan pilot (kesan tengok cerekarama landasan cinta) akhirnya lelap..

bangun terus update blog dengan perasaan berbaur kekesalan tanpa dapat melunaskan planning list yang boleh dikoyakkan terus ,,hampeh~~

hope i'm grad with awesome result.. . >_<

Saturday 7 April 2012

Program Motivasi SMK Muadzam Shah

hahaha..siyesly lama gila tak menconteng apa-apa kat blog ni
sunyi je,bukan sebab malas tapi sebab terlalu sibuk dengan aktiviti harian
yang peliknya, laman sosial yang lain boleh je post banyak-banyak benda,,huhu

banyak moment yang tak sempat nak dikongsi bersama
tapi tetibe nak bercerita sesuatu

kebetulan, untuk 2 hari ini, saya perlu mengendalikan satu program
yang melibatkan pelajar-pelajar SMK Muadzam Shah, program motivasi
bila jumpa budak2 sekolah ni mulalah nak flasback zaman muda2 dulu

tengok budak2 ni mengantuk je bila dengar ceramah,tak boleh nak salahkan mereka
sebab sayapun dulu begitu,,hahaha
tapi bila samapi je program berjalan-jalan, ha sayalah orang pertama yang paling cergas

kelakar je bila tengotk budak2 ni teruja melawat PUTRAJAYA
Bergambar sampai habis 2 roll filem KODAK,  lepastu tukar pulak FUJIFILM,,haa
tapi tu zaman2 dulu,,sekarang ni budak2 ni dah maju, handpone pun dah kalahkan menteri

itu ragam pelajar, beralih kepada cikgu2 mereka
cikgu2 perempuan memang begitu lah,,,sama macam cikgu2 sekolah saya dulu
tempat2 bergambar tu sampingan je
rupa-rupanya yang cikgu2 ni nak pergi sangat adalah ALAMANDA..
nak shopping katenye,,

haha,,cikgu2 lelaki macam biasalah,.bergambar kenangan 2,3 kira dah ok la tu
selebihnya, dihabiskan untuk memerhati gelagat pelajar
tak pun sibuk mengkritik gaya-gaya cikgu perempuan yang bergambar

kisah2 mereka ni memang la buat saya rasa teringin kembali ke zaman sekolah
tapi malas nak ambik exam lagi,,haha

walau apa pun ragam mereka, meeka sebenanya ada matlamat
mendapatkan sesuatu yang berguna dari kami,UPM
doa saya buat adik2 SMK Muadzam Shah harap anda semua berjaya
hingga ke menara gading,, =)

Monday 23 January 2012

BAUCER RM200

Aku dah mula membelanjakan
baucer 1 Malaysia RM 200

Memang banyak la buku yang aku beli
termasuklah novel
mahu tak beli novel, dah la kaki novel
beli guna baucer lagi,,haha

nak kata aku tidak menggunakan sebaiknya baucer tu
tak jugak
sebab ade lagi baki RM 100 yang akan aku guna
untuk buku-buku ilimiah

lagipun novel pun kira bahan bacaan what!!

Lokasi pembelian adalah di POPULAR Jusco Balakong =)



Saturday 14 January 2012

KISAH DUA HATI SATU IMPIAN_DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH

DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH



Kisah percintaan dua remaja yang tidak direstui kerana perbezaan darjat dan akhirnya terpisah namun bersatu kerana satu impian yang berbeza pada luarannya, tetapi di dasar keinginan yang sama..

Mungkin kisah-kisah sebegini sudah menjadi kisah cinta yang tipikal dalam drama-drama masa kini. Tapi, aku tidak melihat kisah ini dari aspek yang sama, kerana pada aku ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui kisah cinta ini.

Mulanya aku tertarik untuk menonton filem karya dari negara seberang Indonesia ini kerana melihat kepada penulisan skripnya yang diangkat melalui novel terkenal karya Hamka. Siapa yang tidak mengenali Hamka, dengan karya-karya hebatnya juga bahasa-bahasa indah yang digunakan.

Karya yang diangkat untuk merebut Oscar di Anugerah Academy ke-84 ini membuat aku tertarik menilai kelainan kisah cinta ini berbanding kisah-kisah yang lain,. Pastinya ada sesuatu yang berbeda tentang  filem yang dihasilkan dengan kos RM 10 juta (duit Malaysia) yang boleh menghasilkan 6 filem biasa.

Di Bawah Lindungan Ka'bah, sebuah filem berat mengenai agama.Watak Hamid dan Zainab peneraju jalan cerita kisah ini. Hamid dan Zainab yang berbeza dunia mereka. Zainab daripada keluarga kaya dan Hamid daripada keluarga miskin yang dibesarkan oleh ibunya. Ibu Hamid bekerja dengan keluarga Zainab dan Hamid sendiri melanjutkan pelajaran dengan bantuan yang diberikan oleh keluarga Zainab. Namun, ketentuan Allah, Hamid jatuh hati pada Zainab. Cinta suci mereka terhalang hanya kerana darjat.

Macam yang aku kata, pada dasarnya kisahnya sama seperti cerita 'Laila Majnun' dan kisah-kisah cinta yang sewaktu dengannya. Tapi, ada suatu perkara besar yang membezakan kisah ini daripada kisah-kisah cinta yang lain. Persoalan tentang agama yang diangkat yang menjadi konflik utama hubungan Hamid dan Zainab. Bagaimana dalam suatu kejadian, Hamid menyelamatkan Zainab daripada mati lemas dengan melakukan  bantuan pernafasan mulut ke mulut. Perbuatan Hamid tidak mendapat restu masyarakat termasuklah pemimpin agama dan akhirnya setelah dibicarakan Hamid perlu dibuang daerah. Ending cerita ni, aku tak nak cerita...tapi sangat menyentuh perasaan...

Kelainan filem ini, pertama aku melihat kepada bahasa yang digunakan.  Aku  mengakui kehebatan bahasa yang digunkan Hamka dalam skripnya. Sebagai pelajar sastera, aku mengakui bagaimana Hamka berjaya menyusun kata menjadi satu ungkapan yang indah untuk menyampaikan maksud hati dua watak utama, Hamid dan Zainab. Kalau cerita-cerita biasa, mudah sahaja ungkapan 'Aku cinta padamu', 'Aku sayang padamu', atau 'aku adalah milikmu' dan kata-kata lain yang jelas melihatkan perasaan seseorang. Berbeza dengan kisah ini, tiada satu ungkapan pun yang dengan jelas melihatkan perasaan antara mereka berdua, namun ungkapan yang digunakan sudah cukup memahamkan penonton siapa Hamid dan Zainab..

Peristiwa ketika Hamid didesak tentang perasaannya terhadap Zainab oleh salah seorang gurunya..
 'Apakah kau mencintai Zainab'? ..kalau cerita biasa aku pasti jawapannya mestilah 'Ya, aku sangat mencintainya..haa,,tapi apa yang  dijawab oleh Hamid "Saya hanya bisa mengatakan bahawa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar dibandingkan dengan kesedihan ketika saya difitnah dan diusir dari kampung ini"..


Banyak lagi kata-kata indah yang disampaikan melalui filem ini, mudah tetapi tepat menyampaikan maksudnya..

Sampai kapanpun, emas tak kan setara dengan loyang, sutera tak sebangsa dengan benang...kata-kata ibu Hamid.

Jangan berharap lebih, makin tinggi harapan makin sakit jatuhnya..kata-kata ibu Hamid menjelaskan tentang harapan Hamid dan Zainab yang mungkin tidak kesampaian kerana darjat.

Apapun yang akan terjadi Hamid, ingatlah bahawa ketika kau  tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah lebih dari cukup..kata-kata ibu Hamid ketika Hamid diusir dari kampung.

Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus kita terus bawa, keyakinan dan cinta...kata-kata Hamid kepada Zainab.



Kisah cinta biasa tetapi jalan cerita yang aku kira luar biasa,,

Tak sangka dalam filem ni pun ada diselitkan aktiviti berdebat dalam kalangan anak muda. Dan apa yang lebih menarik babak ketika Hamid dibicarakan oleh orang-orang agama dikampungnya. Ketika inilah aku lihat, bertapa sesuatu perkara harus diselesaikan dengan sepatutnya. Hujah disampaikan dalam bentuk analogi untuk menilai mana yang lebih benar.

Babak pertemuan Hamid dan Zainab disebalik dinding yang memisahkan jasad mereka, namun jelas penyatuan hati dua insan ini.

Sabut kelapa berbentuk perahu berisi kalam yang tertulis nama Zainab yang dihanyutkan oleh Hamid di arus sungai lalu disambut Zainab.

Angan-angan di tepi pantai dua hati yang memiliki impian yang  berbeza tetapi sebenarnya satu keinginan yang sama...sangat menyentuh hati. Hamid dengan impian besarnya ingin menunaikan haji. dan Zainab impiannya ingin bernikah dengan lelaki yang dicintai dan mencintainya dan menitipkan doanya kepada Hamid sekiranya berjaya menunaikan Haji. Satu keinginan tanpa sedar mereka...


Ya Rabbi ya Tuhanku,
Engkau yang Maha tahu ya Allah,
Engkau yang telah memilihkan jalan mana yang harus ku tempuh,
Engkau tidak pernah membiarkan diriku sendiri ya Tuhanku,
Engkau juga yang telah  menanamkan cinta dalam jiwa ini,
Enkau yang selalu menjaga cinta ini sebagaimana Kau menjaga jiwa ini,
Tak ada seutas talipun tempat aku bergantung selain taliMu Ya Allah,
Tak ada satu pun pintu akan ku ketuk selain pintuMu,
Ya Rabbi Ya Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang
DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH,
Ku serahkan cinta dan jiwa ini, kembali kepada......Mu..











Friday 13 January 2012

Biar mimpi sampai ke bintang

lama dah aku rasa tak post something dekat blog aku ni
tetibe nak mimpi sampai ke bintang pulak kan..haha
nape pulak ni nak kena mimpi-mimpi ni,sampai ke bintang pulak tu?

haha,,ni sebenarnya tajuk satu telemuvie kat astro
mula-mula dengar tajuk citer ni, rase macam citer budak-budak je
tapi bila tau siapa pelakonnya, hrmm,,without futher delay, aku terus la copy.

Elfira Loy with Randy Pangalila
sweet la citer ni
First time aku tengok elfira ni cantik macam pelakon Indonesia Revalina
yang pernah berlakon bawang putih bawang merah tu
Randy Pangalila, adui dulu dah gile ngan die bila tengok sinetron indonesia
sekarang berlakon citer Malaysia pulak,lagi la aku gile,,haha
dulu aku panggil dia Elang..haha
watak die dalam citer 'Cinta Melody'..cute gile

Satu lagi watak dalam citer ni
Syarifah Sakinah yang jadi kawan kepada elfira 
watak die yang sengal tu memang kelakar..haha
sorry to say,i'm very-very rech..sengal..

Tetibe je nak feeling-feeling bercinta ni kan
maklumlah, usia remaja,.haha

by the way, citer ni tak la sampai boleh diangkat menang anugerah ke ape ke..
tapi untuk budak-budak 'tendager' macam aku ni.mahu tak 'wink-wink'..haha


cute la die ni.. =)


pelakon biar mimpi sampai ke bintang..








Monday 2 January 2012

Exam

exam...exam...exam...
minggu ni akan jadi minggu yang mendebarkan untuk aku
bukan minggu ni je,tapi menggu-minggu seterusnya juga

exam...exam...exam...
study tu jangan cakap la,
hampir pecah kepale otak ni
nak mengingatkan semua formula dan teori

exam..exam..exam..
hope, apa yang aku belajar dan faham
tak kan lupa la bila ada dalam dewan exam nanti

exam...exam..exam..FINAL EXAM
Gud Luck to me..!!