Sunday 11 December 2011

Perempuan yang buat aku rase pelik!

Entry kali ni memang aku tuju untuk perempuan. Kenape? Sebab aku perempuan dan aku rase pelik dengan beberapa perkara yang kaum sejenis aku ni suka buat, ahah

1. Perempuan yang berfesyen pelik.

 Pernah tak korang sume nampak perempuan yang jenis macam ni. Muke punye comel, pakai tudung dah cantik dah. Ade yang pakai tudung bawal batu berlian kat tepi berat 2 kilo dah, memang cantik. Takpun pakai shawl siap 2 kali lilit kat kepala tambah bunga ros sekuntum tepi telinga, tak pun reben cumel2 kat situ. Siyes memang cun, ala-ala muslimah gituww. Tapi, bila pandang bawah, aduyai, nape seluar 3 suku? tak pun skirt paras bawah lutut? Nampak dah betis gebu korang kat situ. So, ape gune korang pakai tutup litup kat atas tu, tapi bawah terdedah tak tentu pasal??!! pelik tul!


2. Perempuan yang bersalam dengan boyfriend diorang. 

Ha, yang ni kalau tak pernah tengok, mesti ada antara korang yang pernah buat. Siyes aku tak faham dengan perempuan jenis ni. Selalu lah aku nampak, bila couple ni turun motor je, dan si jejaka ni nak balik, yang si gadis ni akan bersalam dengan jejakanya itu, Siap cium bagai ala-ala isteri solehah gituww.. Yang bertambah pelik, bila aku tengok sesetengah nye tu bertukar-tukar jejakanya. Mungkin dah break dengan pasangan yang dulu, so ni pasangan yang baru la kot. Nape break? tak cukup solehah ke dulu??haha.. Korang ni pun, agak-agak la..korang baru je couple kot, nikah tak lagi cik kak oi..yang haram tetap haram. Ntah2, mak ayah korang pun, korang tak pernah bersalam cium macam tu skali...Pelik tul!


3. Perempuan yang suka membazir. (Tak tau la kalu lelaki pun ade yang macam ni)
Aku betul2 pelik dengan diorang ni. Punyelah citer kat aku yang korang ni tak cukup RM/$$. PTPN tak cukup lah, nak kena bayar itu bayar ini la. Citer nak tacing kan siap dengan muke sedih bagai. Aku pun turut la tacing skali dengar citer korang ni sampai aku rase nak sedekah je sume RM/$$ aku kat bank tu ntok tanggung hidup korang yang serba-serbi kekurangan. Yang jadi peliknye, seminggu lepas tu, tak pun paling pelik sehari lepas tu ko boleh pulak keluar berfoya-foya siap boleh tengok wayang 3 cerita sekaligus, makan McD, beli baju baru 2 lori, angkut handbag sampai tak muat bilik ko tu, paling menyakitkan hati kalau ko tayang henset baru depan aku sambil cakap, Cantik tak??!! Pas tu ko boleh cakap, erm~~habis la RM/$$ aku ja, ingat nak window shopping je..~ ha, perempuan macam ni memang menagih kat aku balingan jarak dekat  kasut sukan aku  yang dah kopak sebelah tu kat kepala die..sekian. Pelik tul!



4. Perempuan yang selalu balik kampung

Yang ni tak lah extreme mane pun, cume aku pelik je... Sebab aku ada kawan spesies macam ni. Aku rase setiap minggu balik kampung. Tapi bila selang seminggu je tak balik kampung, terus cakap, lamenye dah tak balik kampung..Erk~~ ayat die tu buat aku terfikir, habis tu yang aku ni dah berbulan-bulan tak balik ni kira tahap ape ye??? Lame tak balik atau terlalu lame tak balik?? heh!! 
Tapi biarlah, maybe diorang ni jenis cepat rindu ngan family diorang. Ke aku ni yang tegar sangat hatinya tak nak balik..haha..aku tak balik sebab ade komitmen lain, dan kadang-kadang malas nak harungi beberapa jam dalam bas tu. pening kepala la, tak pun dapat la jimat duit sikit kan,,,huhu.. Pelik tul!


5. Perempuan yang tak pandai sidai kain.
Yang ni bukan masalah die sidai kain senget ke, terbalik ke ape ke? Tapi, korang kena la faham, duduk dekat kolej yang bertingkat-tingkat ni, akan ade masalah bila kita nak sidai kain. Pernah tak korang (perempuan) lain yang menghadapi masalah ni. Cuaca hari tu kalau kite tengok memang best la untuk basuh baju dengan harapan baju cepat kering dan boleh diangkat dan terus dilipat. Tapi  bila nak angkat, tiba-tiba rase macam hujan lebat pulak, tapi yang peliknya pandang kiri kanan, matahari dok terpacak elok je atas kepala. Rupe-rupenye, kain-kain kat tingkat atas tu yang menjatuhkan airnye dengan banyak skali. Tak ke pelik? Korang tu perempuan, pandai- pandai la tos dulu baju korang kat toilet, pas tu baru la sidai. Pelik tul!


sebenarnye banyak lagi yang aku rase pelik dengan perempuan ni. Tapi setakat ni je la,, ni pun aku rase dah cukup berdosa dah post benda ni,,huhu.. Entry ni memang khas untuk perempuan je, yang lelaki jangan kecik hati. Entry untuk korang bakal tiba satu masa nanti,,huhu

3 comments:

Unknown said...

haha. ini baru betul namanya entry.

La Mariposa (Nurul Huda Rahmat) said...

terbaikla jar...!!
sgt suke bace even terkena btg idung tang blik kg tue...
nati i kenekan u plak ye.huhuhu

Aja Isma said...

nub: ea??!! x tau plak,,hhaha
huda: memang khas untuk huda pun,,huhu