Sunday 19 May 2013

kisah budak kecik

Ola..ola..lama tak menulis kat blog ni..tetiba mengada-ngada nak buat kemunculan semula kat sini.. Ada cerita yang nak dikongsi Saat petang- petang yang panas sambil disapa angin sepoi- sepoi bahasa Melayu ni, dan di saat semua orang tengah pura-pura tengok tv walhal masing-masing mata terpejam je kan,aku dikejutkan dengan suara gelak tawa sekumpulan anak- anak kecil. Siapa lagi, gerangan anak-anak saudara aku lah. Aku pun join lah diorang ni,tengok lah apa yang diorang tengah main.Rupanya diorang main " family" kira macam berlakon lah,ada mak ada ayah,ada anak.Lebih kurang macam tu. Tengah diorang main tu aku tanya lah pada salah seorang anak sedara aku tu " erm, kenapa damia ada ayah,kak tisya tak ada ayah ni?" Then dia jawab.. " owh,ayah kak sya kat penjara".. * you can imagine how my face reaction after dengar jawapan budak ni Aku tanya lagi, "Kenapa ayah kak sya masuk penjara". Dia jawab, " sebab tak ada orang nak jadi ayah, syahmi dah jadi ayah damia" Ok,so aku buat kesimpulan sebab tak cukup pelakon,so diorang kena buat yg ayah diorang ni konon- konon dalam penjara ..kreatif,tapi aku tak faham kenapa mesti dalam penjara.. Aku pun biar je lah. Tengah aku dok perhati je diorang ni,aku tertarik dengan satu scene yang diorang lakonkan. Ni antara dialog diorang.. Watak emak: tolong belikan susu Watak ayah: tak cukup duit Watak emak: tulah,bakar duit aje. Kan dah tak cukup duit. Aku tanye, "Zati,bakar duit tu apa?" Dia jawab, "Rokoklah" Melalui lakonan budak-budak ni,aku dapat simpulkan mereka sebenarnya melakonkan semula babak dalam drama yang mungkin diorang pernah tengok dan dialog yang mungkin diorang pernah dwngar parwnts diorang cakap..haha.. Inilah,budak kecik...

Tuesday 29 May 2012

Salam..

rasa macam dah lama je tak jenguk laman sesawang yang satu ni
biasalah, bergelar pelajar tahun akhir, di samping aktif dengan kegiatan-kegiatan berfaedah yang lain, memang tak cukup masa nak conteng ape-ape kat sini

tapi tibe je malam ni dengan kuasa bulan, tergerak hati nak jenguk sekejap. Bila dah jenguk apa salahnya tinggalkan sikit cerita. Tak gitu,,aha.

Beberapa bulan dan minggu ni macam-macam benda yang jadi..
baik berita gembira, lawak komedi mahupun drama airmata..


Berita gembira ; ape ye? ermm..rasenye pasal kejayaan aku dan beberapa lagi rakan seperjuangan dalam dunia debat yang berjaya. Aku. Mungkin ni lah pencapaian yang berjaya dilakar sebelum meninggalkan kelab debat. Berjaya ke peringkat akhir untuk Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden di UPNM. Even tumpas di tangan pahlawan tuan rumah di pentas final, tapi tetap rasa puas...Lepas tu di tambah dengan kejayaan rakan seperjuangan (Fathiah Ibrahim_ yang berjaya menjadi johan Pidato Antarabangsa..Cantik beliau malam tu,,hehe..bolehlah..haha dan beberapa lagi siri kejayaan peningkatan prestasi beberapa ahli kelab debat,, tahniah semua

Lagi. Bila berjaya merangkul anugerah Olahragawati pada Malam Anugerah dan Pragraduan Pelajar Tahun Akhir Kolej. Tahniah buat diri sendiri..

Lawak Komedi. Banyak sangat. Rasanya tiap-tiap hari ada je benda yang nak digelakkan. Paling kelakar bila tersilap naik motor orang lain depan cafe. nasib baik takde orang nampak (harap-harap lah)..Dah motor tu sama bentuk dan warnanya dengan motor aku, maka dengan yakinnya  naik atas motor tu, masukkan kunci. Tapi pelik je bila kunci tak boleh pusing. Pandang-pandang rupenye motor aku kat depan motor tu. Skali silap lah,,hehehe


Drama air mata.Erm..bila kehilangan wang tunai dalam bank. Tak nak cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Gituu...

2nd, Kena marah dengan supervisor sebab Projek tahun akhir banyak salah. Padan lah dengan muka aku ni. Tapi sekejap je. Pas tu jadi gagah balik. Macam takde apa-apa yang berlaku.

Sekarang ni lagi sebulan je nak tamat belajar. Hope semuanya dipermudahkan.




Sunday 15 April 2012

kesimpulan kehidupan cuti midsem

hari ni hari terakhir cuti mid sem yang seminggu itu
sebelum cuti memang banyak planning yang dah list,,berkajang-kajang rasanya
esaimen antara yang tersenarai dalam list yang direka khas tanpa sebarang anasir ugutan
ha, maknanya niat nak menjayakan kerja-kerja study tu memang ada,terbaik lah

tapi kita hanya merancang,tuhan yang menentukan
ceit~~ bila tak buat semua benda tu mesti ayat tu yang jadi modal kan
hahaha,,biasalah..

saturday,1st day on my holiday, dimulakan dengan menguruskan lawatan pelajar-pelajar smk muadzam syah selama 2 hari,maka hari isnin suppose to be dah boleh menjayakan segala yang dirancang
tapi, hati masih memberontak mahukan rest yang panjang..
follow lah kata hati tu dengan harapan keesokan harinya segalanya dipermudahkan

tapi haram, tuesday, i'm going back to my sweet home.. ~~rumah manis rumah~~
dalam bas tu punyalah berjanji pada diri sendiri akan berjuang demi pelajaran di rumah
hampeh~~segalanya berubah,,di rumah adalah tempat untuk bermaharajalela membelai kemalasan yang menggunung,di tambah dengan kehadiran tv yang hampir setengan tahun tidak ketemu, maka semua rancangan nak ditontonnya,,haha

3 hari masih dengan tentatif hidup yang sama, makan , tidur, tegok tv,,kalau ada pertambahan pun keluar berjalan sekeliling kampung mencari kalau-kalau ada perubahan sepanjang peninggalan,,

Friday, go back to upm, sedih  like2 kononlah nak tinggalkan kampung halaman
sampai bilik terus kemas bilik, sedaya upaya merasakan diri penat teramat,maka tak boleh buat esaimen lagi
dengan bekalan internet tanpa gangguan sebab semua student tak balik lagi,maka menonton semua drama di e-tonton dengan jayanya semalaman

kesannya, hari sabtu bangun pagi  terus pening kepala
ditambah dengan jemputan untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan
yang mana mendatangkan kekenyangan itulah yang bakal didahulukan,,haha..malam keluar makan ayam penyet di seksyen 4, bangi,,saturday,,again i'm wasting my time


and  for my last day,sunday...still.. my lazy mood..
bangun pagi je terus cari internet kelajuan tanpa batas, tengahari again cari ayam penyet diselangi dengan aiskrim tutti fruity..bila kenyang mula cari katil,berangan kejap kawin dengan pilot (kesan tengok cerekarama landasan cinta) akhirnya lelap..

bangun terus update blog dengan perasaan berbaur kekesalan tanpa dapat melunaskan planning list yang boleh dikoyakkan terus ,,hampeh~~

hope i'm grad with awesome result.. . >_<

Saturday 7 April 2012

Program Motivasi SMK Muadzam Shah

hahaha..siyesly lama gila tak menconteng apa-apa kat blog ni
sunyi je,bukan sebab malas tapi sebab terlalu sibuk dengan aktiviti harian
yang peliknya, laman sosial yang lain boleh je post banyak-banyak benda,,huhu

banyak moment yang tak sempat nak dikongsi bersama
tapi tetibe nak bercerita sesuatu

kebetulan, untuk 2 hari ini, saya perlu mengendalikan satu program
yang melibatkan pelajar-pelajar SMK Muadzam Shah, program motivasi
bila jumpa budak2 sekolah ni mulalah nak flasback zaman muda2 dulu

tengok budak2 ni mengantuk je bila dengar ceramah,tak boleh nak salahkan mereka
sebab sayapun dulu begitu,,hahaha
tapi bila samapi je program berjalan-jalan, ha sayalah orang pertama yang paling cergas

kelakar je bila tengotk budak2 ni teruja melawat PUTRAJAYA
Bergambar sampai habis 2 roll filem KODAK,  lepastu tukar pulak FUJIFILM,,haa
tapi tu zaman2 dulu,,sekarang ni budak2 ni dah maju, handpone pun dah kalahkan menteri

itu ragam pelajar, beralih kepada cikgu2 mereka
cikgu2 perempuan memang begitu lah,,,sama macam cikgu2 sekolah saya dulu
tempat2 bergambar tu sampingan je
rupa-rupanya yang cikgu2 ni nak pergi sangat adalah ALAMANDA..
nak shopping katenye,,

haha,,cikgu2 lelaki macam biasalah,.bergambar kenangan 2,3 kira dah ok la tu
selebihnya, dihabiskan untuk memerhati gelagat pelajar
tak pun sibuk mengkritik gaya-gaya cikgu perempuan yang bergambar

kisah2 mereka ni memang la buat saya rasa teringin kembali ke zaman sekolah
tapi malas nak ambik exam lagi,,haha

walau apa pun ragam mereka, meeka sebenanya ada matlamat
mendapatkan sesuatu yang berguna dari kami,UPM
doa saya buat adik2 SMK Muadzam Shah harap anda semua berjaya
hingga ke menara gading,, =)

Monday 23 January 2012

BAUCER RM200

Aku dah mula membelanjakan
baucer 1 Malaysia RM 200

Memang banyak la buku yang aku beli
termasuklah novel
mahu tak beli novel, dah la kaki novel
beli guna baucer lagi,,haha

nak kata aku tidak menggunakan sebaiknya baucer tu
tak jugak
sebab ade lagi baki RM 100 yang akan aku guna
untuk buku-buku ilimiah

lagipun novel pun kira bahan bacaan what!!

Lokasi pembelian adalah di POPULAR Jusco Balakong =)



Saturday 14 January 2012

KISAH DUA HATI SATU IMPIAN_DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH

DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH



Kisah percintaan dua remaja yang tidak direstui kerana perbezaan darjat dan akhirnya terpisah namun bersatu kerana satu impian yang berbeza pada luarannya, tetapi di dasar keinginan yang sama..

Mungkin kisah-kisah sebegini sudah menjadi kisah cinta yang tipikal dalam drama-drama masa kini. Tapi, aku tidak melihat kisah ini dari aspek yang sama, kerana pada aku ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui kisah cinta ini.

Mulanya aku tertarik untuk menonton filem karya dari negara seberang Indonesia ini kerana melihat kepada penulisan skripnya yang diangkat melalui novel terkenal karya Hamka. Siapa yang tidak mengenali Hamka, dengan karya-karya hebatnya juga bahasa-bahasa indah yang digunakan.

Karya yang diangkat untuk merebut Oscar di Anugerah Academy ke-84 ini membuat aku tertarik menilai kelainan kisah cinta ini berbanding kisah-kisah yang lain,. Pastinya ada sesuatu yang berbeda tentang  filem yang dihasilkan dengan kos RM 10 juta (duit Malaysia) yang boleh menghasilkan 6 filem biasa.

Di Bawah Lindungan Ka'bah, sebuah filem berat mengenai agama.Watak Hamid dan Zainab peneraju jalan cerita kisah ini. Hamid dan Zainab yang berbeza dunia mereka. Zainab daripada keluarga kaya dan Hamid daripada keluarga miskin yang dibesarkan oleh ibunya. Ibu Hamid bekerja dengan keluarga Zainab dan Hamid sendiri melanjutkan pelajaran dengan bantuan yang diberikan oleh keluarga Zainab. Namun, ketentuan Allah, Hamid jatuh hati pada Zainab. Cinta suci mereka terhalang hanya kerana darjat.

Macam yang aku kata, pada dasarnya kisahnya sama seperti cerita 'Laila Majnun' dan kisah-kisah cinta yang sewaktu dengannya. Tapi, ada suatu perkara besar yang membezakan kisah ini daripada kisah-kisah cinta yang lain. Persoalan tentang agama yang diangkat yang menjadi konflik utama hubungan Hamid dan Zainab. Bagaimana dalam suatu kejadian, Hamid menyelamatkan Zainab daripada mati lemas dengan melakukan  bantuan pernafasan mulut ke mulut. Perbuatan Hamid tidak mendapat restu masyarakat termasuklah pemimpin agama dan akhirnya setelah dibicarakan Hamid perlu dibuang daerah. Ending cerita ni, aku tak nak cerita...tapi sangat menyentuh perasaan...

Kelainan filem ini, pertama aku melihat kepada bahasa yang digunakan.  Aku  mengakui kehebatan bahasa yang digunkan Hamka dalam skripnya. Sebagai pelajar sastera, aku mengakui bagaimana Hamka berjaya menyusun kata menjadi satu ungkapan yang indah untuk menyampaikan maksud hati dua watak utama, Hamid dan Zainab. Kalau cerita-cerita biasa, mudah sahaja ungkapan 'Aku cinta padamu', 'Aku sayang padamu', atau 'aku adalah milikmu' dan kata-kata lain yang jelas melihatkan perasaan seseorang. Berbeza dengan kisah ini, tiada satu ungkapan pun yang dengan jelas melihatkan perasaan antara mereka berdua, namun ungkapan yang digunakan sudah cukup memahamkan penonton siapa Hamid dan Zainab..

Peristiwa ketika Hamid didesak tentang perasaannya terhadap Zainab oleh salah seorang gurunya..
 'Apakah kau mencintai Zainab'? ..kalau cerita biasa aku pasti jawapannya mestilah 'Ya, aku sangat mencintainya..haa,,tapi apa yang  dijawab oleh Hamid "Saya hanya bisa mengatakan bahawa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar dibandingkan dengan kesedihan ketika saya difitnah dan diusir dari kampung ini"..


Banyak lagi kata-kata indah yang disampaikan melalui filem ini, mudah tetapi tepat menyampaikan maksudnya..

Sampai kapanpun, emas tak kan setara dengan loyang, sutera tak sebangsa dengan benang...kata-kata ibu Hamid.

Jangan berharap lebih, makin tinggi harapan makin sakit jatuhnya..kata-kata ibu Hamid menjelaskan tentang harapan Hamid dan Zainab yang mungkin tidak kesampaian kerana darjat.

Apapun yang akan terjadi Hamid, ingatlah bahawa ketika kau  tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah lebih dari cukup..kata-kata ibu Hamid ketika Hamid diusir dari kampung.

Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus kita terus bawa, keyakinan dan cinta...kata-kata Hamid kepada Zainab.



Kisah cinta biasa tetapi jalan cerita yang aku kira luar biasa,,

Tak sangka dalam filem ni pun ada diselitkan aktiviti berdebat dalam kalangan anak muda. Dan apa yang lebih menarik babak ketika Hamid dibicarakan oleh orang-orang agama dikampungnya. Ketika inilah aku lihat, bertapa sesuatu perkara harus diselesaikan dengan sepatutnya. Hujah disampaikan dalam bentuk analogi untuk menilai mana yang lebih benar.

Babak pertemuan Hamid dan Zainab disebalik dinding yang memisahkan jasad mereka, namun jelas penyatuan hati dua insan ini.

Sabut kelapa berbentuk perahu berisi kalam yang tertulis nama Zainab yang dihanyutkan oleh Hamid di arus sungai lalu disambut Zainab.

Angan-angan di tepi pantai dua hati yang memiliki impian yang  berbeza tetapi sebenarnya satu keinginan yang sama...sangat menyentuh hati. Hamid dengan impian besarnya ingin menunaikan haji. dan Zainab impiannya ingin bernikah dengan lelaki yang dicintai dan mencintainya dan menitipkan doanya kepada Hamid sekiranya berjaya menunaikan Haji. Satu keinginan tanpa sedar mereka...


Ya Rabbi ya Tuhanku,
Engkau yang Maha tahu ya Allah,
Engkau yang telah memilihkan jalan mana yang harus ku tempuh,
Engkau tidak pernah membiarkan diriku sendiri ya Tuhanku,
Engkau juga yang telah  menanamkan cinta dalam jiwa ini,
Enkau yang selalu menjaga cinta ini sebagaimana Kau menjaga jiwa ini,
Tak ada seutas talipun tempat aku bergantung selain taliMu Ya Allah,
Tak ada satu pun pintu akan ku ketuk selain pintuMu,
Ya Rabbi Ya Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang
DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH,
Ku serahkan cinta dan jiwa ini, kembali kepada......Mu..











Friday 13 January 2012

Biar mimpi sampai ke bintang

lama dah aku rasa tak post something dekat blog aku ni
tetibe nak mimpi sampai ke bintang pulak kan..haha
nape pulak ni nak kena mimpi-mimpi ni,sampai ke bintang pulak tu?

haha,,ni sebenarnya tajuk satu telemuvie kat astro
mula-mula dengar tajuk citer ni, rase macam citer budak-budak je
tapi bila tau siapa pelakonnya, hrmm,,without futher delay, aku terus la copy.

Elfira Loy with Randy Pangalila
sweet la citer ni
First time aku tengok elfira ni cantik macam pelakon Indonesia Revalina
yang pernah berlakon bawang putih bawang merah tu
Randy Pangalila, adui dulu dah gile ngan die bila tengok sinetron indonesia
sekarang berlakon citer Malaysia pulak,lagi la aku gile,,haha
dulu aku panggil dia Elang..haha
watak die dalam citer 'Cinta Melody'..cute gile

Satu lagi watak dalam citer ni
Syarifah Sakinah yang jadi kawan kepada elfira 
watak die yang sengal tu memang kelakar..haha
sorry to say,i'm very-very rech..sengal..

Tetibe je nak feeling-feeling bercinta ni kan
maklumlah, usia remaja,.haha

by the way, citer ni tak la sampai boleh diangkat menang anugerah ke ape ke..
tapi untuk budak-budak 'tendager' macam aku ni.mahu tak 'wink-wink'..haha


cute la die ni.. =)


pelakon biar mimpi sampai ke bintang..








Monday 2 January 2012

Exam

exam...exam...exam...
minggu ni akan jadi minggu yang mendebarkan untuk aku
bukan minggu ni je,tapi menggu-minggu seterusnya juga

exam...exam...exam...
study tu jangan cakap la,
hampir pecah kepale otak ni
nak mengingatkan semua formula dan teori

exam..exam..exam..
hope, apa yang aku belajar dan faham
tak kan lupa la bila ada dalam dewan exam nanti

exam...exam..exam..FINAL EXAM
Gud Luck to me..!!

Monday 26 December 2011

Dr. Normaliza Abd Rahim

salam semua..semoga sentiasa berada dibawah lindungan yang maha Esa,,
dan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

macam serius je kan intro post ni..huhu

Di sini sebenarnya aku nak riwayatkan sebuah hikayat moden sepanjang aku bergelar pelajar bagi kursus
 BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia.

Hikayat Dr. Notts dan pelajarnya

Al-kisahnya bermula tatkala aku dan rakan-rakan yang lain wajib mengambil kursus ni. Maka dengan penuh takzimnya kami pun mendaftar la. 

Tok Guru kami ni dikenali sebagai  Dr. Normaliza Abd Rahim
atau lebih dikenali dengan nama penanya Dr Notts
mula-mula berguru dengan beliau ni, bergetar jiwa dan raga tau. Adus dapat pulak lecturer yang banyak bunyi ni..susah la macam ni. 

Biasa la, kalau nak berguru ni kena ada pantang larangya seperti hikayat-hikyat lama tu. Bile berguru dengan beliau ni pantang yang pertama, jangan nak berangan pergi kelas dengan pakai sempoi-sempoi atau bahasa kasarnya selekeh. Si teruna kena pakai smart kasut bertutup, yang si dara baju kena vouge. Kasut kena tinggi, lagi tinggi lagi bagus.Kalau tak, bakal kena balik kolej semula tukar balik baju atau lebih dahsyat keluar dari kelas beliau.
Maka, sejak dari itu aku mulalah berjinak-jinak menyarung heel atau kasut-kasut yang aku tak pernah sentuh sebelum ni. Setiap hari khamis kalau nampak aku cantik sikit tu jangan la tanye kenapa.

Pantang yang kedua, berguru dengan beliau ni kena punctual. Jangan lambat walau sesaat. Ni aku kira pantang larang tradisi setiap tok guru kan. Betul la, sape yang tak patuh tu memang silap korang sendiri. Untuk kelas beliau, sebelum beliau masuk student mesti dah kena ready dalam kelas. giler awal kena datang. Barangsiapa lambat ke kelas , seperti biasa jangan berangan nak masuk kelas beliau tanpa rasa bersalah. duduk luar ok,,dan ahli group kena tolak markah..hambik!!

Pantang yang ketiga jangan miss kelas beliau langsung. hanya kematian je yang akan diterima. Sakit-sakit lain tak kan dilayan. Sorry to say..ahakss..

Tu antara beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi. Bila masuk kelas beliau ni, student dibahagikan kepada bebrapa group dan kena pilih nama production. Adapun group aku bernama My Team Production yang terdiri daripada 6 orang ahli. 2 teruna dan 4 dara pingitan,,haha


ni lah ahli group My Team Production
Nozi, Huda, Elyz, Fendi dan Aris

Nampak macam tegang je kan kalau dalam kelas beliau ni, tapi sebenarnya giler best kelas ni. Mana taknya, tugasan pertama je kena buat blog. Tu yang wujud KIRIKANAN ni..ahha.

"Tulis la ape yang awak semua nak tulis, nak kutuk rakan sekelas ke, jiran depan rumah ke..ape-ape je, yang penting jangan kutuk saya, dan saya nak baca banyak post" kata beliau. 

Lepas tu kena buat tugasan dalam kelas kena siapkan dalam masa satu jam. Kerja tampal-tampal kertas atas board untuk buat tugasan asas grafik. Haa,time ni lah semua kelam -kabut sampai nak tengok orang sebelah pun tak sempat..ahah


time buat tugasan asas grafik


kembali ke zaman sekolah rendah. memotong dan menampal..huhu


ahli-ahli my team yang sedang bekerja


semua orang tak sempat nak toleh KIRIKANAN


Rakan-rakan kelas yang lain ~G-Force Production


Cempaka Sari Production~




ni lah hasilnya..

Tugasan kedua lagi masyuk. Kena posing-posing kat kamera pas tu tayang kat beliau. Dan beberape tugasan lain yang melibatkan beberapa aksi yang perlu ditayang,,ahah


beberapa aksi ketika tugasan bergambar




ada satu tugasan aku ni memang kelakar la.kami semua kena jadi paparazi. Nak dijadikan cerita, ada lah satu seminar ni kan yang kami semua kena hadir termasuklah beliau. dan tugasannya kena curi-curi tangkap gambar beliau sendiri tanpa beliau sedar. Gambar tu kira reject sekiranya beliau memandang kamera..ahha..maka, berlakulah aksi kejar-mengejar beliau waktu seminar tu,,hahaha



setel bab gambar. tugasan seterusnya kena buat video klip ala-ala artis tu kan. Muke dah blushing2 kan bile tau kena berlakon dalam video klip tu. paling tak disangka, bila arahan beliau dengan tegas dan kerasnya

"Post dalam Youtube, present dekat saya by Youtube, semua tugasan yang kena buat video post di Youtube dan blog kamu"

..ah sudah, main youtube pulak beliau ni. Jadi tak jadi video tu memang wajib tayang la kat youtube,,ahah,,tapi seronok beb..

ada la dalam 5 video yang perlu diselesaikan di sepanjang kelas beliau ni termasuklah paling mencabar time buat video seram  tanpa suara. kelakar pun ada rasenye bila buat video tu,,ahah..video terkhir pulak kena buat dokumentari about polution. cari la merata tempat-tempat yang dah tercemar nak dijadikan tempat shooting..huhu



siyesly kelas beliau ni memang mencabar. setiap minggu ada je bekalan tugasan yang diberi. tak pernah miss pun. Memang penat sampai pernah satu tahap aku tension giler. Mana taknya, aku dahlah busy dengan komitmen lain di kolej, as a debater dan sebagainya tapi aku tak boleh nak marah sebab aku rase seronok dalam kelas ni.paling tak boleh lupasetiap hari rabu malam mesti kena tido lewat sebab nak siapkan kerja-kerja mengedit video,,berkampunglah ramai-ramai..ahah

tapi ada satu slot dalam kelas ni yang buat aku rase nak tergelak habis, ada la satu hari tu, youtube kena blok,.maka, kerja-kerja tayangan video pun tergendala lah ke minggu seterusnya. kelas jadi free, ntah datang ilham dari mana ntah Dr. Notts ni buat game dalam kelas. dua game yang aku tak pernah main sebelum ni. aku tak tahu nak cerita macam mana game ni sebab kalu aku cerita tak habis baca nanti. tapi ape yang aku nak share, game tu memang kelakar. Siap berlari-lari dalam kelas malah kes tuduh-menuduh group mane yang salah pun berlaku..hahahha.. 

banyak lagi tugasan dalam kelas ni. buat kalendar, website, E-Majalah, kena buat iklan berantai. Bukan setakat  tu je, siap dapat tugasan bagi teka-teki lagi tu.huhu..perah la kepala otak masing- masing cari 30 teka-teki..haha

Tugasan E-Majalah
kena jual baju dalam majalah..haha




antara hasil lakaran


pelajar BBK3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia


gambar kenangan bersama Dr. Normaliza a.k.a Dr. Notts

bakal merindui kelas-kelas beliau, tugasan-tugasan beliau yang memang tak pernah terlintas di kepala
dan setiap lawak yang beliau buat dalam kelas..siyesly, bakal merindui ~~ love her so much..

Tamatlah sebuah kisah Hikayat Moden

Anyone to know my special lecturer
Dr. Notts..


Bace lah blog beliau..~~

Friday 23 December 2011

tips tengok citer seram


aku ni boleh lah dikategorikan sebagai penakut
bab2 ***** ni memang aku lemah

tapi keinginan nak tengok citer2 seram ni sentiase lah ade
tapi ketakutan tak jadi penghalang

aku ade beberapa tips 
yang boleh diguna pakai
bila nak tengok citer seram

pergi toilet awal

yang ni bila kite nak tengok waktu malam
sebelum panggung dibuka kat bilik tu
pergi la toilet persiapkan ape yang patut
ni nak mudahkan kite bile je habis tengok
boleh terus pegi tido
tak payah nak keluar2 bilik lagi..haha

mesti berteman

nak tengok citer seram kena la berteman
bukan sebab takut
tapi saje nak ajak borak or teman mengkritik..(ayat cover)
pakse la rumet2 yang ade or jiran2 berdekatan
tengok skali even diorang dah tengok pun,,huhu

buka semua lampu yang  ada

kalau kat bilik tu ade 3 lampu
jangan ngengade nak buka 1 je
bukak je semua
tak baik tengok citer dalam keadaan malap
tak baik untuk kesihatan mata..ahah

bantal mesti banyak

bantal ni nak bagi keselesaan time menonton..haha
bantal yang ade tu nanti boleh la gune nak tutup2 mate ke
kalau tak cukup
teddy bear yang pakwe bagi time bezday pun ok,,huhu
blanket jangan lupe juge..

jarak 1 meter

jarak dari skrin layar mesti lah atleast 1 meter
nak elak kejadian terkejut yang melampau


kena ada jurucakap


jurcakap ni mestilah terdiri daripada
golongan yang dah pun tengok citer seram tu
tugas diorang ni adalah tempat untuk bertanye
sama ade h**** tu akan keluar kat part yang mane
so, kite akan dapat bersedia dari awal..ahah


tengok siang

ala,,senanye
nak tengok citer seram ni
lagi best kalau tengok waktu siang,,erm~~


~~AL-HIJAB~~