Friday 9 December 2011

Mimpi

aPe kejadah pulak pasal mimpi ni kan..
ha, korang2 sume mesti pernah bermimpi,,
tak kire la mimpi siang ke mimpi malam ke, mimpi petang ke,,
yang dinamakan mimpi tu mimpi la namanya..

sejak akhir2 ni aku rajin pulak mimpi
so, aku mula lah nak tau mimpi aku tu betul ke tak??

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang m'gembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan menceritakannya pada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudharat kepadanya"
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id

cube perhatikan ayat2 kat atas tu,,
perasan tak,,bila kite citer mimpi yang best-best kat orang lain, ade sesetengah tu kate kite nak riak la..tak pun ade yang kate, "betul ke die mimpi cam tu,..macam reka je"?? 
bila kite citer mimpi yang macam tak best pulak,sebok nak tau citer selanjutnye..
ha, yang ni salah orang yang bercerita mimpinye, dan orang yang mendengar cerita mimpi tu..

baru la aku tahu, kalau mimpi benda buruk ni, tak payah citer kat orang rupenye..(ambil pengajaran sebentar)..
Dan haram hukumnye bile kita mereka-reka cerita terhadap mimpi kita..

ok, pernah tak korang mimpi yang macam ni pulak??

mimpi ni termasuk mimpi yang benar..

1. Mimpi tengah dengar lagu kat radio..(lagu 3 kata by KRU) contohnye..
Bila terjaga, betul2 kat radio time tu tengah berkumandang lagu tu,.ha mesti pernah kan mimpi cam ni..
Mimpi macm ni dipanggil 'mimpi semasa', kita mimpi apa yang sedang berlaku time tu (in the current time, but not necessarily space) omputeh cakap.,..
time ni, roh kita memang tengah keluar ke tempat2 tertentu,tapi sebahagian roh kite masih ade dalam jasad..

2. Ada jugak mimpi yang tunjukkan perkara yang akan berlaku. ni jadik pada roh seseorang yang 'menjenguk' ke masa hadapan. Sebab tu ada dalam kalangan pemikir Islam yakin yang kelajuan roh mengatasi kelajuan masa..


3.  Mimpi benar satu lagi ialah mimpi yang pelik2 (ganjil) atau mimpi qiasan, Dalam kes ni, roh kita dah masuk alam lain (Alam ghaib). Alam ghaib ni pulak banyak, contohnye alam barzakh. Tu yang kadang2 kite ade mimpi jumpe orang yang sudah pun meninggal dunia.(Aku pernah je mimpi jumpe arwak nenek)..dalam mimpi jenis ni, seseorang tu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Kadang2 mimpi rambut tetiba je jadi pendek (walhal rambut panjang), mimpi kena patuk ular, tercabut gigi dan sebagainya.



Mimpi yang ni lak, jenis mimpi laqha (mimpi palsu)
mimpi ni sebab kena ganggu dengan syaitan..hati2 dengan mimpi ni..

1. Mimpi menakutkan
kadang2 kita mimpi benda2 ngeri yang kita sendiri tak nak ingat
bila bangun je rase macam nak menangis dan susah hati
ni petanda mimpi ni datang dari syaitan
dan biasanye berlaku bila kita tidur dalam keadaan marah,susah hati atau kesedihan.
sebab menurut Prof. Madya Dr. Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan  Islam, perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan pertahanan diri kita lemah ketika tidur. Time ni lah syaitan mudah masuk dalam badan kite, sebab syaitan sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan anak adam melalui mimpinya. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak adam mengikut pembuluh darah.

Mimpi yang ni pulak, mimpi sekadar mainan tidur 


Mimpi ni lah yang paling banyak berlaku pada kita.
Mimpi yang disebabkan faktor2 luar seperti pengaruh tv atau perkara2 yang berlaku sebelum kita tidur..
contohnye, kalau sebelum tidur kita tengok bola, Liverpool vs Chelsea. Keputusan, Liverpool menang 4-2 (aku penyokong Liverpool, haha). Yang bermimpi ni pulak adalah penyokong Chelsea, dalam mimpi dia tu, dia mimpi lah yang Chelsea ni menang kalahkan Liverpool, yang menjaringkan pulak adalah diri beliau sendiri,ahaha,,berangan la tu sebelum tidur (aku yakin je budak2 laki mesti pernah mimpi benda ni),,ahah

Mimpi ni macam2..jadinye kalau kita mimpi perkara2 yang tidak diingini, amalkan lah perkara2 ni

1. Membaca Ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojim)
2. Meludah ke kiri 3 kali
3.Ubah cara tidur. Mengiring ke kanan lebih baik
4.Bangun solat 2 rakaat kalau termampu

Pesanan: jangan meletakkan keyakinan atau bergantung harap pada petunjuk dalam mimpi terutama mimpi yang datang dari syaitan. Mimpi adalah satu perkara peribadi yang menjadi rahsia ALLAH, dan mimpi tak ada kuasa ubah nasib kita. Hanya ALLAH yang maha BERKUASA.. (pesanan untuk mereka yang nak exam)...


Baru aku tahu jugak, makhluk Allah yang lain jugak bermimpi..
Kucing pun boleh bermimpi... Ape yang kucing mimpi ye????







2 comments:

ira said...

nice info... kucing mimpi jumpa kite... hahaha

Aja Isma said...

hehe,,kucing mungkin mimpi jimpe jin ho...