Sunday 15 April 2012

kesimpulan kehidupan cuti midsem

hari ni hari terakhir cuti mid sem yang seminggu itu
sebelum cuti memang banyak planning yang dah list,,berkajang-kajang rasanya
esaimen antara yang tersenarai dalam list yang direka khas tanpa sebarang anasir ugutan
ha, maknanya niat nak menjayakan kerja-kerja study tu memang ada,terbaik lah

tapi kita hanya merancang,tuhan yang menentukan
ceit~~ bila tak buat semua benda tu mesti ayat tu yang jadi modal kan
hahaha,,biasalah..

saturday,1st day on my holiday, dimulakan dengan menguruskan lawatan pelajar-pelajar smk muadzam syah selama 2 hari,maka hari isnin suppose to be dah boleh menjayakan segala yang dirancang
tapi, hati masih memberontak mahukan rest yang panjang..
follow lah kata hati tu dengan harapan keesokan harinya segalanya dipermudahkan

tapi haram, tuesday, i'm going back to my sweet home.. ~~rumah manis rumah~~
dalam bas tu punyalah berjanji pada diri sendiri akan berjuang demi pelajaran di rumah
hampeh~~segalanya berubah,,di rumah adalah tempat untuk bermaharajalela membelai kemalasan yang menggunung,di tambah dengan kehadiran tv yang hampir setengan tahun tidak ketemu, maka semua rancangan nak ditontonnya,,haha

3 hari masih dengan tentatif hidup yang sama, makan , tidur, tegok tv,,kalau ada pertambahan pun keluar berjalan sekeliling kampung mencari kalau-kalau ada perubahan sepanjang peninggalan,,

Friday, go back to upm, sedih  like2 kononlah nak tinggalkan kampung halaman
sampai bilik terus kemas bilik, sedaya upaya merasakan diri penat teramat,maka tak boleh buat esaimen lagi
dengan bekalan internet tanpa gangguan sebab semua student tak balik lagi,maka menonton semua drama di e-tonton dengan jayanya semalaman

kesannya, hari sabtu bangun pagi  terus pening kepala
ditambah dengan jemputan untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan
yang mana mendatangkan kekenyangan itulah yang bakal didahulukan,,haha..malam keluar makan ayam penyet di seksyen 4, bangi,,saturday,,again i'm wasting my time


and  for my last day,sunday...still.. my lazy mood..
bangun pagi je terus cari internet kelajuan tanpa batas, tengahari again cari ayam penyet diselangi dengan aiskrim tutti fruity..bila kenyang mula cari katil,berangan kejap kawin dengan pilot (kesan tengok cerekarama landasan cinta) akhirnya lelap..

bangun terus update blog dengan perasaan berbaur kekesalan tanpa dapat melunaskan planning list yang boleh dikoyakkan terus ,,hampeh~~

hope i'm grad with awesome result.. . >_<

No comments: